Thursday, February 3, 2011

Perubahan Sentiasa Berlaku

"Perubahan adalah suatu yang biasa.Yang tidak biasa padanya adalah tempoh pembiasaan pada awalannya." seorang pakcik berkata kepadaku tika sedang menjamu di meja yang sekali dengannya.

"Pakcik dulunya bekerja selama 34 Tahun sebelum  bersara."

Aku menjadi pendengar setia.

"Selepas bersara,pakcik duduk dirumah.Cukup setahun,pakcik bosan,rasa otak dah tak berjalan.Pakcik ambil keputusan untuk jadi pemandu teksi.Sekarang rasa segar sedikit."sambungnya.



Kisah ini membuat aku berfikir.Setiap manusia pasti merasa perubahan. Dari sekecil perubahan sehingga ke perubahan yang besar.Ia adalah lumrah kehidupan.Sentiasa terjadi.



Kekadang perubahan itu terjadi dengan sendiri,kekadang juga terjadi atas munasabab yang didiri.Aturan Ilahi mahupun aturan kendiri.Sekalipun perubahan itu aturan sendiri ia tetap juga 'ilham' dari Ilahi.Aturan yang mempunyai nilai yang tersirat.Untuk kita-manusia,berfikir.Sejajar dengan tugas yang digandang-khalifah muka bumi.

Perubahan mempunyai bahagiannya-baik jalannya atau buruk jalannya.Yang baik jalannya boleh dimaksud perubahan yang berlaku yang membawa manusia menjadi lebih baik.Sepertinya dari tidak memahami agama kepada memahami agama,walaupun sedikit.Ia tetap perubahan yang baik kerna ia bisa menjadi perubahan yang besar.



Sama juga halnya dengan perubahan yang buruk jalannya.Walaupun secara pandangannya ia kelihatan buruk, tetapi ia tetap membawa kepada sesuatu yang baik,walaupun sedikit.Cuba renungkan,palestin itu ditindas, suatu yang kejam,ia tetap punyai hikmah.Secara 'kurang sedar',betapa ramai orang mukmin yang bersatu untuk membantu.Tidakpun mereka yang sedar ini berusaha untuk mendidik golongan pelapis supaya  bersambungnya pejuang di hadapan kelak.

Perubahan mempunyai banyak fawaidnya,walau ia punyai yang buruk dari pandangan,tetapi cubalah pandangkan dari nilai positif,jika tidak kita akan lari dari Ilahi.Kerna PERUBAHAN SENTIASA BERLAKU!


amir afham,
12.44.a.m.,
03 Februari 2011.

No comments: