Friday, February 26, 2010

Jerih, derita dan PERPISAHAN

Jerih itu kekadang meletihkan. Derita acap jua memurungkan. Dan perpisahan telah memadam segaris senyuman.


Namun jerih menyumbang kepada hasil yang menggembirakan. Kejayaan berkat usaha tanpa putus asa. KEJAYAAN - lebih makna bersama penghayatan kepada teriknya mentari ketika mengejar. Manisnya terasa benar - menggenggam kejayaan - tatkala mengimbau peritnya menempuh kerikil jalanan.

Derita, meski membuatkan kita membungkam, namun tetap jua diteruskan. Derita MEMATANGKAN kehidupan. Langkah terasa lebih saksama, hatta mimosa tak terpijak dek kaki yang terbuka. Tipu daya ditangani sebijaknya. Ya, derita itu laksana ujian Yang Maha Penyayang. Akur akan kekuasaan-Nya, namun tetap jua membanting daya. Tetap jua bijak mengharungi segalanya.


Oh, perpisahan. Terpadam senyuman, namun di hati tersemat kerinduan. Ukhuwah sejati hanyalah kerana Tuhan. Liajalihi Taala La Ligharadhi Dunyawiyy. Perpisahan membawa kepada kerinduan. Dan kerinduan itu menambah tali ukhuwah. Perpisahan, rindu, ubatnya adalah doa yang berpanjangan. Semoga dia di sana tetap cekal. Tetap di bawah naungan-Nya, redha-Nya! Bukankah doa untuk sahabat yang dipanjatkan tanpa pengetahuannya lebih mustajab? Insya-Allah. Apa? Ukhuwah Fillah Abadan Abada.


Jerih, derita dan perpisahan. Mengajar kita menjadi insan.


Jerihnya menuntut ilmu.
Deritanya belajar berjalan.
Berpisah tatkala menjejak gapura persekolahan.


Oh, aku belajar menjadi insan
DIPANDU RAHMAT DAN KASIH SAYANG TUHAN!
Alhamdulillah...

nukilan nubari
alphaTech
@ usrah As-Syahid Abdullah Azzam

Sunday, February 14, 2010

ingat mati

Teringat saya akan sebuah lagu yang dinyanyikan oleh Wali Band yang mane penyampaian lagu itu sesungguhnya telah menyelami hati saya.Itulah kesedaran yang baru sahaja muncul ataupun singgah di hulu hati saya setelah didorong oleh seorang sahabat untuk mendengar keindahan senikata lagu ini,lagu yang mana telah memberi satu peringatan tentang MATI.Jarang-jarang terdengar di dendangan telinga kita sekarang ini lagu-lagu seperti ini tetapi yang selalunya didengari ialah lagu-lagu yang mengisahkan penghambaan kepada cinta manusia dan bukan kepada tuahhan yang ESA.

Ingat Mati

Telah jelas kalam ucapan Tuhan yang Maha Bijaksana didalam Al-Quran "Dan setiap yang hidup itu pasti akan merasai mati".Allah selaku Pencipta yang menciptakan manusia dengan sendirinya telah menegaskan kepada kita selaku makhluknya yang setiap ciptaanNYA itu pasti akan merasai 'nikmat' kematian itu.Justeru,wajarkah kita sebagai hambaNYA masih menunjukkan kelekaan,kemalasan dan juga kebosanan untuk melaksanakan tujuanNYA menciptakan kita?Allah berfirman"Dan tidak AKU ciptakan manusia dan jin itu melainkan untuk beribadah kepadaKU"dan itulah tujuannya kita diciptakan.Bukanlah kita diciptakan melainkan untuk beribadah kepadaNYA,Tuhan Sekalian Alam. Ramai golongan manusia di luar sana yang menafsirkan ayat ini dengan mengatakan 'takkanlah aku hanya perlu beribadah semata-mata tanpa mempedulikan makan minum keluargaku'dan belbagai lagi tafsiran.Inilah jawapan yang boleh saya berikan kepada mereka ini: bijak pandai telah mengertikan perkara ini kepada dua bahagian;
 1)Tujuan hidup-tujuannya manusia diciptakan adalah untuk beribadah kepadaNYA.
 2)Keperluan hidup-Keperluan duniawi yang diperlukan manusia untuk hidup diatas muka bumi ini

Jesteru tidak perlulah kita mengenepikan keperluan hidup bagi mencapai tujuan hidup kerna tanpanya keperluan hidup pastinya tujuan hidup tidak dapat dicapai.Dan dengan kesedaran akan keduanya ini pastinya kesedaran ketiga yang menjadi tajuk perbincangan besar kita kali ini iaitu MENGINGATI MATI akan turut terbit di ruangan hati kita.

seorang sahabat telah bertanya kepada saya selepas saya menerangkan kepentingan mengingati mati didalam waktu PMP kelas "bagaimanakah caranya untuk mengingati mati?""sentiasalah mentadabbur kalam Allah dan sentiasalah rujuki Hadis-hadis,dan jika berasa malas dendangkan lagu 'TOMAT-Wali Band' di telinga sendiri" jawab saya ringkas.


dengarlah hai sobat
saat kau maksiat
dan kau bayangkan ajal mendekat
apa kan kau buat
kau takkan selamat
pasti dirimu habis dan tamat
bukan ku sok taat
sebelum terlambat
ayo sama-sama kita taubat
dunia sesaat
awas kau tersesat
ingatlah masih ada akhirat
astafighrullahal’adzim
reff:
ingat mati, ingat sakit
ingatlah saat kau sulit
ingat ingat hidup cuman satu kali
berapa dosa kau buat
berapa kali maksiat
ingat ingat sobat ingatlah akhirat
cepat ucap astafighrullahal’adzim
pandanglah ke sana
lihat yang di sana
mereka yang terbaring di tanah
bukankah mereka
pernah hidup juga
kita pun kan menyusul mereka
astafighrullahal’adzim

cepat ucap astafighrullahal’adzim
repeat reff
cepat ucap astafighrullahal’adzim
cepat ucap astafighrullahal’adzim

coretan,
naqibusrah,
(12:45.a.m.-14/02/2010)





Saturday, February 13, 2010

sang lebah

bunga dipetik madu bersisih,
kasihan sang lebah keinginan manis,
sang rama simpati nasib teman terbaik,
tapi apakan daya itulah taqdir,
 
enggan sang lebah berputus asa,
selaut perjalanan mencari bunga,
tapi jika qada' tidak berjumpa,
itulah taqdir yang ditentukanNYA,
 
masihlah tidak ia berputih mata,
untuk mencari sesuap punca,
sebagai pengalas kehidupan seterusnya,
untuk menjadi HAMBA setia,
 
ibaratnya sang lebah bagi manusia,
bagi mengingat siapa kita,
supaya sedar hambaNYA kita,
tidak terlepas walau seketika.
 
nukilan,
naqibusrah(13/02/10-11.54.a.m.)

Thursday, February 11, 2010

Salam Pertemuan........

salam pertemuan untuk para saudara,
pernah di suatu hari,tikanya kami seusrah mengambil udara 'segar' KB Mall sambil merancang untuk mengadakan Ifthar secara bersama,terpandang akan kami beberapa perkara yang menyentap jiwa.

Dengannya muda-mudi yang berpimpin tangan secara bersama,sesetengah remaja yang menghabiskan masa mereka di pusat bermain bowling di senja kala tanpa golongan ini menyedari masa sedang merapati senja.Terdetik di kalbu,tidak inginkah mereka ini membuat persediaan untuk berbuka dengan melihat keadaan mereka yang leka.

Tergeleng kebanyakan daripada usrah ini melihat panorama yang serba indah ini.Disinilah bermulanya titik kesedaran dihati kami setelah melihat kebanyakan daripada saudara seagama kami yang telah jauh jalan mereka dari jalan Rabbu a'alamin.Kesedaran yang menyedarkan siapakah kami dan apakah kami,dan disinilah bermulanya tempat kami memperincikan semula moto perjalanan kami 'membina halaqah yang berukhwah'.

Berfikirlah kami akan cara untuk merialisasikan hasrat kami,dan dengan itu kami mencapai satu solusi untuk membina laman didalam dunia maya ini sebagai medan untuk kami menarik, berkongsi dan menyebarkan kesedaran kami ini dengan harapannya supaya lebih ramai daripada mereka di luar sana dapat menerima pemberian kami ini.

Berdirinya laman ini yang bukan berasal dari satu kepala,begitu jugalah isi dan pengisiannya serta penulisannya juga bukan berasal dari satu manusia tetapi berasal dari beberapa orang manusia yang merupakan golongan 'hamlatul Quran' dan itulah kami.Bukannya niat unuk membangga diri tetapi untuk melengkapkan satu ciri supaya lebih ramai manusia tertarik untuk 'singgah' di sini,supaya lebih ramai manusia yang menyedari akan menyokong pergerakan kami untuk berjuang di jalan ini.

salam dari kami,
Usrah As-Syahid Abdullah Azzam