Tuesday, April 19, 2011

Nilai Ukhwah

Segar di minda pengalaman yang baru berlalu,menaikkan lemah yang menapak di jiwa,sekian lama tidak terasa.Walau keduanya adalah berbeza bentuk,cara dan tindakan,tapi asasnya sama.Itulah yang telah saya rasai.



Sewaktu di sekolah menengah,cara saya memahami ukhwah berbeza dengan cara yang baru saya terima.Di Maahad,kami belajar membina ukhwah itu,kami belajar memahami ukhwah itu,kami perlu memikir apakah ukhwah itu,bagaimana caranya,apakah jalannya.Di pembelajaran yang baru ini secara asasnya ia tetap memperbahaskan akan ukhwah,tapi yang berbeza ialah cara pembawaan.

Di Maahad dan keadaan sekarang,caranya berlainan,keduanya mempunyai pro dan kontra.Itulah yang membentuk pemikiran saya senja ini akan maksud sebenar ukhwah itu.Yang membawa saya ke arah satu pemikiran baru.Menggabungkan apa yang saya pelajari ini.Mungkin ramai yang tidak setuju, tetapi itu terpulang kepada mereka untuk dinilai.



Ukhwah secara asasnya ikatan yang terbentuk di antara seorang muslim.Ikatan apa?Itu adalah ikatan Kasih Sayang yang bisa membawa kekuatan yang luar biasa di dalam perkumpulan muslim.Lihat sahaja sejarah islam yang terdahulu,sepertinya kisah 3 orang mukmin di waktu peperangan:

-ketiga-tiga mereka telah mendapat kecerderaan yang parah,semuanya terlantar di dalam khemah 'pesakit',salah seorang dari mereka meminta air kerna kehausan,maka dihulurkan si petugas air itu,apabila lelaki pertama ini ingin meminum,maka dilihatnya saudara di sebelahnya juga kehausan,maka beliau dahulukan saudaranya itu,maka apabila si lelaki kedua ini ingin meminum air itu,dilihatnya lelaki bersebelahan kehausan,didahulukan beliau kepada lelaki itu.Pabila dihulurkan kepada lelaki itu,ternyata  beliau telah pun syahid.Dibawa semula kepada lelaki kedua,beliau juga telah syahid.Dibawa semula kepada lelaki yang pertama,maka didapati lelaki itu juga telah syahid.

Apa yang membentuk perilaku ketiga lelaki ini?Itulah ukhwah yang diselaputi kasih sayang.Sanggup mendahulukan sahabat tika mereka sendiri kesusahan.Andaikan kisah ini diaplikasikan pada zaman ini, apakah serupa keadaanya?



Tika di Maahad,ukhwah kami terbina untuk kami gagah dan kuat,kami bersatu untuk menahan segala tekanan dan keadaan yang menimpa.Segala perjuangan kami,dilakukan bersama.Tekanan,kami tamgkis bersama.Itulah yang merapatkan kami.Sungguh,ia begitu manis kerna ia berbentuk perjuangan.Seperti Nabi dan sahabat yang menggali parit untuk dijadikan kubu dari serangan puak kafir Quraish.Semuanya berlapar,tapi di situlah manisnya.

Tapi berbeza dengan keadaan yang sekarang,yang saya perolehi disini banyak yang barunya.Di sini ukhwah terbina dengan diajar untuk menerima keadaan seseorang itu seadanya.Ini yang kurang saya dapati di Maahad disebabkan masa kami bersama yang singkat.Di sini juga saya belajar banyak pendekatan yang baru untuk ukhwah itu,yang telah saya terfikirkan tika di Maahad dahulu,tetapi masa yang mengengkang untuk perlaksaan.Saya belajar untuk menggunakan cara yang lebih 'ayu' dan 'rilex'.Tidak seperti di Maahad(mungkin kerna kami begitu serius dengan perjuangan yang kami bawa).



Tapi keduanya 'kurang' dari segi pernilaian saya,bagi saya,ukhwah itu menjadi sempurna pabila ia menggabungkan kedua-dua faktor,perjuangan dan pendekatan yang baik,itu yang dibawa oleh Baginda s.a.w yang sebenarnya.pendekatan usrah Baginda bawa,pendekatan perjuangan melalui peperangan maupun pengorbanan kepada saudara seagama juga diajar Baginda.Jadi wajarkah jika saya kata kurang?Andalah yang menilai ukhwah itu melalui kesedapan jiwa anda sendiri bersandarkan syaria'h ad-Dinnul Islam.

amir afham,
11.17.p.m.,
19/04/2011.

Wednesday, April 13, 2011

Umat Terbaik

Dan Tuhan berfirman:"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman) Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik.."-Al-Imraan:110


Salam ukhwah,
Demikianlah penerangan Allah Taala akan satu kebenaran dengan sejelas-jelasnya.Di dalam satu Kitab yang turunnya kepada seorang nabi diakhir zaman malah juga nabi yang pengakhiran.Dalam ayat ini Allah telah membuat satu pengakuan yang jelas akan agama yang disampaikan oleh pesuruhnya(Muhammad s.a.w) akan kebenarannya sekaligus menafikan kebenaran agama sebelumnya(kerna akan kesesatan agama sblm itu)..





Tapi tidaklah semudah itu(semudah A,b,c) bagi golongan umat Muhammad untuk menjadi umat yang terbaik.Dalam ayat ini Allah Taala telah meletakkan beberapa syarat kepada golongan ini yang perlu diikut oleh mereka(saya berharap saya merupakan golongan ini).Marilah renungkan bersama.


Dalam petikan ayat ini,Allah Taala telah mengenakan syarat yang pertama iaitu mengajak kepada ma'aruf(kebaikan).Maka kita renungkan kembali stratergi Nabi Muhammad lakukan.Muhammad itu ajakan kebaikannya(dakwah) mempunyai beberapa cara yang unik.Iaitu melalui hadisnya iaitu perbuatan,percakapan dan taqrir(diam yang membenarkan).Perbuatan nabi itu perilakunnya begitu baik sekali.Mempunyai package yang lengkap.Semuannya yang baik.Katakan sahaja,cara melayan,cara ketawa dan selainnya.Begitu lengkap.Bahkan Aisyah sendiri mengungkapkan akan perbuatan akhlak nabi ini,Ibarat Al-Quran! Kemudian ialah melalui percakapan Baginda.Tidak perlu diperbahaskan,anda mesti mengerti ianya begitu lembut dan baik tuturnya.Itulah antara cara yang diajar kepada kita secara informal untuk berda'wah.





Maka jika pergi kepada yang seterusnya,Allah menegaskan syarat kedua untuk menjadi umat yang terbaik ialah dengan menafikan kemungkaran(menghalang perkara mungkar).Mudah sahaja formulanya,nampak mungkar cegah.Caranya?Ikut ajaran nabi Muhammad:"Sesiapa yang melihat kemungkaran,cegahlah ia dengan tanganmu(kuasa),jika tidak mampu dengan lisanmu(kata-kata:nasihat,teguran dll),Maka jika tidak mampu dengan hatimu(berdoa akan kebaikan),maka itulah selemah-lemah iman"-hadis.Nah,itu caranya.






Yang ketiga ialah beriman dengan Allah Taala,inilah yang payahnya,bagaimana caaranya?Untuk beriman?Apa itu iman, menurut ilmu yang dimiliki saya,iman itu boleh kita ta'arifkan membenarkan dengan hati dan di'amalikan dengan perbuatan.Mudah sahaja jika hendak ia terjemahkan  ke dalam kehidupan,Iman itu sifatnya boleh bertambah dan berkurang bagi manusia.Cara menjaga dan meningkatkan ia mudah secara teori(melalui jasmani dan rohani),tapi sukar untuk cara praktikal(mungkin saya sendiri).Maka dalam satu ayat yang lain,jika kita beriman kita tidak akan mendapat kerugian:"Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian #Kecuali orang-orang yang beriman......"-Al-'Asr-2 dan 3.


Maka lengkaplah carannya kehidupan umat yang terbaik.Dengan inilah terhasilnya Halawatul Iman(kemanisan Iman),Tidakkah kehidupan seperti ini manis di sisi kalian?




amir afham,
1.12.a.m.,
13/4/2011.







Sunday, April 3, 2011

PERINGATAN BUAT YANG LUPA

[Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya"}.-Al-Baqarah:30


Salam ukhwah buat sahabat tercinta,biar kita kurang mengenali tetapi biiznillah ukhwah kita tetap terjalin pabila kita redha dengan jalan sebagai seorang mukmin dan muslim di muka bumi Tuhan ini.





Sahabat,
Kita selalu alpa,leka,sentiasa melari pabila kebenaran dihulurkan,samada lembut ataupun sedikit keras caranya.Tapi itulah kita.Sejajar dengan keraguan yang ditimbulkan ciptaan Allah sebelum kita-malaaikah,tika Tuhan itu hendak menciptakan,tapi itulah keadaannya.


Satu perkara yang acap berlaku tika manusia itu kecewa(sebenarnya itulah diri ini,Ya Allah!aku memohon padaMu atas segala alpa yang ku lakukan tika ujianMu ini menimpa),mereka lupa rabbNya,dengan alasan KECEWA,Ya Allah!Teruknya manusia ini.


Hanya dengan alasan kecewa,manusia lupakan Tuhan,amanah kehidupan dan lainnya.Tidak terkira nikmat Tuhan,sentiasa disalurkan walau kita telah melupakan akan Dia.Tapi,itulah manusia.Penuh dengan kecewa.Tidakkah kita sedar,Siapa kita?Apakah kita?Dimanakah kita?





Sedarlah,kita ini khalifah bumi TUHAN,lelaki dan wanita,serupa semuanya.Punyai tanggungjawab.Kecil atau besar,masihlah tanggungjawab,sesuai dengan ketentuan Tuhan.Bukankah tukang sapu sampah itu juga khalifah?Membawa tanggungjawab tunjuk kepada manusia bagaimana caranya menyapu sampah,supaya bersih dunia ini!!Tapi sayang,ramai yang menghinakan.


Sejujurnya,aku betul-betul kesal dengan apa yang kulihat ini,sekesal tika aku juga terperangkap dala situasi ini.Tapi mujurnya,berkat Tuhan,aku sedar kembali,Hamdalah ku panjatkan.Dengan kesedaran inilah aku menulis.Supaya aku dapat untuk cuba memberikan kesedaran kepada mereka yang masih alpa.Supaya Tuhan dapat menerima taubatku atas kealpaan itu.Dengan cara yang kulakarkan.Biarpun sikit huraiannya,moga cukup untuk menyinggah walau sejenak di pemikiran.


amir afham,
12.58.a.m.,
3.4.2011.