Friday, December 31, 2010

Selangkah ke Kehidupan Pembaharuan

Sungguh...kali ini saya kehilangan tajuk untuk menulis.Keliru untuk menulis 'Selangkah ke Kehidupan Baru' ataupun 'Selangkah ke Kehidupan Pembaharuan'.Tidak Pasti.

Tapi pada perkadaran saya,yang selayaknya saya tulis untuk malam penghujung tahun ini @ malam penghampiran tahun baru ini ialah 'Selangkah ke Kehidupan Pembaharuan'.Mengapa?Saya kurang pasti. Tapi saya cuba mencari jawapan.

Mungkin yang saya boleh hulurkan adalah seperti ini.Mari kita fikirkan bersama.

Mengapa saya tidak saya berkehendak untuk menulis 'Kehidupan Baru'?Selayaknyakah manusia yang telah lama menikmati kehidupan merasai kehidupan BARU?Kehidupan baru ialah satu kehidupan yang baru seperti seorang bayi yang baru dilahirkan ataupun seorang yang telah MATI memindah ke kehidupan baru iaitu ALAM KUBUR.Mungkin definasinya seperti itu.

Kerana itulah saya ingin menulis 'Selangkah ke Kehidupan Pembaharuan'.Kehidupan pembaharuan ialah bentuk kehidupan yang cuba diubah oleh seseorang manusia untuk mendapat kehidupan yang lebih baik.Atau ia kita boleh samakan dengan konsep HIJRAH.


Mungkin sesetengah dari kita beranggap HIJRAH itu hanya pada untuk awal tahun di bulan MUHARRAM.Bagi yang beranggapan begitu,sedarlah ia adalah konsep yang difikir secara salah.Ia kerana Hijrah itu hidup di sepanjang kehidupan.Tidak mempunyai pemula dan penamat.Apabila telah merasa untuk berubah,itulah HIJRAH.Ia sentiasa wujud,bagi mereka yang ingin mengubah kehidupan sendiri.Bagi yang mencari,kewujudannya adalah sehingga TERBITNYA MATAHARI DARIPADA BARAT(bermakna ketika ini pintu taubat telah pun tertutup).


Jika kita telah melihat apa yang perlu dibuat pada permulaan tahun ini.Ia adalah Kehidupan Pembaharuan,mengubah diri supaya menjadi lebih baik,supaya lebih bertambah ilmu iman di dada,dan bermacam cara dengan tujuan membawa diri kepada yang lebih baik,yang lebih dekat kepada Rabbi.
Supaya Kehidupan Baru di 'alam kemudian' lebih terjamin untuk kita hamba PENCIPTA.

Inilah HIJRAH di awal JANUARI!!!

amir afham,
11.34.p.m.,
31 Disember 2010.

Thursday, December 30, 2010

Mati itu pasti..

"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan." (Ali Imran :185)

Assalamualaikum..,

Salam mahabbah., salam ukhwah..
Apa khabar sahabat2 ku...,?? Apa khabar Iman kalian??Saya hrp semuanya dlm keadaan sihat hendaknya.., otak cerdas., badan cergas.., Iman Mantap.., InsyaAllah...

So., kali ni sy nak bicara serba sdikt tentang kematian.., emm., tp sblom tu sy nak mohon ampun sbb sy pon x de lah byk sgt ilmu di dada tp sy akn kongsi srba sdikit apa yg sy ada... bley kn??

Baiklah.., Allah S.W.T tlah menyatakan dlm Al Quran bhw stiap yg bernyawa itu pasti akn mati dan cara kematian stiap manusia itu tlh pun Allah ttapkan di Luh Mahfuz..,

" Kami telah menentukan kematian di antara kamu dan Kami sekali-kali, tidak dapat dikalahkan,"  (Al Waqiah :60)

Dan semestinya stiap individu Muslim itu pasti menginginkan kematiannya di dalam Islam dan Iman..tetapi, bagaimana kita ingin memastikan kematian kita nanti dalam Iman atau Kufur? Ya, pastinya jwpnnya dgn berbuat amal ibadah sebanyak-banyaknya dgn penuh keikhlasan dan ketakwaan..

Akan tetapi, adakah jika seseorg muslim itu banyak brbuat amal ibadah di dunia dia pasti akan mati dlm iman??Pernahkh kita trfikir?Rentetan itu.., sy ingin berkongsi sbuah cerita teladan untuk diambil pgajaran bersama..,

Pd suatu ketika di zaman dahulu.., ada seorang ulama' yang sgt terkenal dgn amal ibadahnya(x igt nama), beliau amat rajin beribadah pagi dan petang,siang dan malam  tanpa henti.Beliau juga sorang yg banyak ilmu pgtahuan shinggakn pnduduk kmpung sgt mghormati beliau.Dan pastinya musuh Islam yakni Iblis Laknatullah juga sgt mncmburui beliau dan berhasrat ingin menghasut beliau.Maka bermulalah misi Si Syaitan ini,Si Syaitan pun lalu menyamar sbg seorg pemuda dan pergi ke rumah Ulama' itu. Si syaitan memberi salam, tetapi tiada respon.Ini kerana Ulama' itu terlalu khusyu' dgn ibadahnya. Setelah banyak kali memberi salam, barulah Ulama' itu membalas salam Si Syaitan. Si Syaitan pun berkata, "wahai tuan , saya ingin tinggal bersama tuan dan menuntut ilmu drpd tuan." Ulama' itu membalas, " maafkan aku wahai ank muda , tetapi aku bimbangi sekiranya aku mnerimamu, ibadahku trganggu." Namun Si Syaitan tidak mengalah, dia memujuk Ulama' itu. Setelah  dipujuk, Ulama' itu bersetuju. Maka tinggallah si Syaitan dgn Ulama' itu. Sepanjang 'berguru' , Syaitan cuba menghasut Ulama;' itu dgn berbagai cara, tetapi kekuatan iman Ulama' itu menggagalkan rencana Syaitan. Sehinggalah suatu hari, Puteri Raja negara itu jatuh sakit. Si syaitan mendapat satu idea. Syaitan itu pun pergi berjumpa dgn putera raja . Dia memberitahu putera raja bahawa terdapat sorg Ulama' yg bleh mngubati sakit si puteri. Lalu putera raja pun pergi berjumpa dgn Ulama' itu.Pada mulanya, Ulama' itu tdk bersetuju tetapi kerana dibimbangi dimurkai Raja, beliau terpaksa bersetuju. Maka sebuah pondok pun dibina di hadapan rumah si Ulama' itu. Ini adlh utk memudahkn proses rwtn trhdp puteri itu. Si syaitan berpuas hati krn rencananya hmpir brjaya. Pada suatu pagi, ketika Ulama' ingin mmbuka tingkap rumahnya, beliau trpndg si puteri sdg mnyalin pakaian, beliau pun beristighfar dgn pnuh penyesalan, ketika inilah si Syaitan mnjalankn tugasnya. Di saat iman Ulama' itu goyah, Syaitan menghasut Ulama' itu. Atas hasutan Syaitan, si Ulama' pun  tnpa sedar tlah mlakukan suatu kmungkaran yg sgt hina.Di saat Ulama' itu ingin memuntahkan nafsu serakahnya, tiba2 dtg putera raja lalu dibunuhnya Ulama' itu. Maka, berakhirlah riwayat hidup si Ulama' yg tlh brtahun2 mgabdikan diri kpd Allah S.W.T dlm keadaan yg sgt hina.Semoga Allah mmbrkati beliau. Amiin.

Begitulah kisah seorg Ulama' yg sgt taat kpd Allah namun tumpas pd hasutan Syaitan dan dorongan nafsu sndiri. Sebaliknya pula pd kisah seorg pmuda yg tlh mmbunuh 100 org. Emm.. sy yakin pasti stiap org sdah pun mndgr kisah ini kn?Jadi, bdasarkn kdua2 kisah ini.., dptlah kita konklusikan bhw tdk smestinya sorg hmba yg kuat bribadah itu akn mati dlm iman.., dan jga tdk smstinya seorg yg byk mlakukn dosa itu akn mati dlm kufur.Oleh itu shbt2ku,.. kita haruslah sntiasa mengisi ruang2 masa hidup kita di dunia dgn amal ibadah yg bertrusan krana kita tdk tahu bgaiman cra kmatian kita dn bila ajal akn mnjmput. Siapa tahu, ketika kita mlakukn kmungkaran, di saat itulah nyawa kita dicabut. Na'uzubillahiminzalik.,,.

Jadi shbt, sbgi tazkirah utk anda dn sy sndiri.., hidup kita ini ibarat brada di dalam suatu kwsn dimana stiap gerak geri kita even gerak hati kita pun diawasi stiap detik .Ingatlah shbt, Allah itu Maha Melihat.,, Dia sntisa mmrhatikn hmba2nya stiap detik dan tdk trlps walau satu tndakn .Oleh itu, kita haruslah mnetapkan dlm fikiran kita bhw kita ini sntisa dperhatikn.Maka, stiap tndak tanduk kita mstilah dlakukn dgn pnuh brhati-hati.Sbg cnth, kita brada di dlm pasaraya, kita mngtahui bhw ada cctv yg sntiasa mmrhatikn tndakn kita. Maka, adkh kita ingin mlakukan prkr yg tdk senonoh wlupun tdk dilihat org lain? Mestilah tidak, bukan?Pastinya kita akn mngawal tndakn kita krn kita tahu bhw kita sdg dperhatikn.Emm.. bgitulah juga sy samakan dgn hidup kita. Jika kita sntiasa mmikirkan bhw Allah adlh cctv yg mmrhatikn kita di dunia cuma Allah lbih brkuasa, Dia bkn shj mmrhatikn pd yg zahir ttp juga pd yg batin, kita pasti akn sntiasa mlakukan amal ibadah dgn pnuh ksungguhan,kn? So, set in your mind that you're always been watched and InsyaAllah the Allah blessings are yours..

Hmm.., jadi shbt2,sy brhrp smoga kita sntiasa brada di dlm kbrkatan Allah S.W.T dan smoga Allah mematikan kita dlm Iman.InsyaAllah...Sblum tu,maafkan sy jika ada ksilapn di dlm post ini.., krn sy juga hamba Allah yg tdk akan prnah smpurna..,tp sy brhrp smoga shbt2 dpt mgmbil srba sdikit pgjarn krna hanya ini yg sy mmpu lakukn utk sama2 mengmbgkn agama Islam.InsyaAllah.



Dan kamu tidak menyalahkan kami, melainkan kerana kami telah beriman kepada ayat-ayat Tuhan kami ketika ayat-ayat itu datang kepada kami. (Mereka berdoa): "Wahai Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami dan wafatkanlah (matikanlah) kami dalam keadaan berserah diri (berserah sepenuh hati kepada-Mu)."
(Surah Al-A'raaf, ayat 126)





Turn to Allah
He's never far away
Put Your trust in Him and pray
O Ya Allah
Guide my steps
Don't let me go astrays
You're the only one
to show me the way.,..
Show me the way~

~With Love~
1.22/30.12.10







Wednesday, December 29, 2010

Sunyi dan Sepi

Dua kalimah yang seerti maksudnya dan selalu diletakkan bersama.Saya renungkan ia.Semenjak dua ini saya sentiasa berperasaan ini.Cuba mencari puncanya,tetapi masih kabur.Itu adalah keadaan saya sebelum malam ini.Bila kita sentiasa menghamba kepadaNya jawapan pasti diterima.

Itulah jawapannya.Sebelum malam ini,saya merasakan sepi itu mungkin disebabkan terpisah dengan teman ukhwah,tidak bersekedudukan bila melakukan sesuatu perkara,tidak lagi bergurau senda dengan teman yang biasa ataupun selainnya.

Tetapi bila kita rujukkan kembali,adakah dengan kehadiran 'mereka' kita merasa sentiasa terhibur?merasa bahawa jiwa diisi?merasa bahawa hidup dilengkapi?Mungkin jawapannya YA.Tetapi 'YA' ini terlampau kecil kecil asbabnya untuk rujukkan alasan kepada sepi dan sunyi.

Kita sentisa melupai bahawa jiwa ini sepi kerna tidak diisi.Jiwa itu bukan 'nyata' seperti tubuh yang merasa lega pabila mendapat makanan ketika lapar,tetapi sepi dan sunyi adalah maya yang sentiasa berkait dengan Jiwa dan ruh kita.

Itulah punca sebenarnya,saya tidaklah mengatakan bahawa sebab yang lain bukan puncanya,tetapi ia terlalu kecil iuntuk dibandingkan dengan ini.

Ruh yang tidak sentiasa diisi dengan 'makanan' yang sepatutnya pasti akan sunyi kerna tidak diberi makan oleh pemilik ruh.Ia pasti akan sunyi.Dengan pemberian makanan oleh pemilik ruh itu barulah ruh akan merasa terjaga dan terhibur.Maka ruh tidak akan sunyi dan diri sesorang juga pasti akan terhibur.Yakinlah bahawa Tuhan pasti akan menghiburkan mereka yang sentiasa
rapat denganNYA,yang menjaga hubungan denganNYA dan yang sentiasa menjagaNYA.

Yakinlah untuk mengubat SUNYI dan SEPI!!!!!

                                                                                                                           amir afham,
                                                                                                                           12.40.a.m.,
                                                                                                                           29 Disember 2010.

Monday, December 27, 2010

Pandangan ke Belakang



Masih terngiang di minda aku kata-kata guru physicsku, "Sir kalau boleh tengok kamu semua dapat berbakti untuk ISLAM sudah cukup..." dan kata-kata guru chemistryku, "Bagi teacher, kamu semua dapat beramal dan faham semua ilmu yang teacher dah cukup...teacher dah cukup berbangga dapat mengajar orang menghafal al-Quran".(dipetik dari sahabat)
 
Tidaklah saya ingin terlampau banyak mencoret perkara ini.Tapi kadang-kadang kita terpaksa jua meluah,bukan menyesal tapi menyedarkan.Bukan hanya untuk sahabat,juga kepada diri saya.Suatu lumrah yang biasa berlaku.

Kata-kata dari tenaga pengajar ini saya coretkan sebagai sandaran dan pengikat diri pada masa hadapan.Menjaga diri agar tidak lari dari perjuangan yang sebenar.Supaya Jannah menanti di hadapan.Supaya kita tidak menyesal di masa kemudian.

Mari kita lihat,pandangan ke belakang itu penting,sebabnya seperti yang saya nukilkan di atas.Tetapi lain pula halnya jika kita melihat ke belakang kerna menyesal dengan apa yang berlaku sekarang.Seolah-olah menyalahkan masa yang telah berlalu.Itu hanya akan menyebabkan kita jatuh dan berdendam pada waktu.

Ramai orang yang berkata”aku menyesal kerna tidak betul-betul belajar pada masa lalu,”yang lain pula”Mengapalah aku tidak menjaga perhubungan aku dengan teman-teman dengan sebetulnya?”.Ayat-ayat penyesalan,yang menambah kesedihan dan tidak membawa kepada kemajuan.

Tetapi itulah realiti yang berlaku kepada kebanyakan daripada kita.Mengapa kita kita jadikan ia sebagai pedoman untuk teruskan kehidupan.Sepertinya”Aku pernah gagal di Menengah,aku tidak akan gagal di university!”-“Aku pernah tidak mengerti ukhwah itu dengan sebenarnya,aku perlu perbaiki sekarang,bagaimana?Jangan putus hubungan dengan TEMAN SEPERJUANGAN!”.

Kembalilah pada kehidupan,perkara seperti ini biasa berlaku,ia akan juga berlaku kepada manusia tidak kira siapa,Perkara ini akan terus menjadi ulangan dalam diri kita.Tetapi sentiasalah beringat,jika ini berlaku,segeralah merasionalkan diri anda!!!

                                                                                                Amir afham,
                                                                                                11.21.a.m,
                                                                                                27 Disember 2010 

Huffaz Penjana Organel Agama

"Seperti manakah bentuk pergerakan kita selepas ini?,"persoal sahabat.
        "Maksudnya?,"Tanya saya kurang mengerti.Soalan ini ditujukan pada akhir-akhir penggal persekolahan oleh seorang sahabat.Teman yang paling rapat saya kira.
        "Maksudnya,selepas sesi persekolahan kita tamat,bagaimana kita 'berjalan' di tengah masyarakat."Baru saya mengerti.Kami diam tidak berjawapan.

Saya baru mempunyai jawapan.Saya tidak pasti samada anda boleh memahami ia ataupun tidak tapi saya akan cuba ketengahkan konsep ini.

Kita lihat pada sturuktur sesuatu sel.Bagi plant cell di bahagian terluar adalah cell wall,lapisan kedua adalah cell membrane.Didalamnya terdapat bendalir-bendalir cytoplasm dan pada cytoplam itu terdapatnya organel-organel yang berbagai fungsi.

Saya tidak berhajat untuk merujuk pada animal cell(minta maaf animal cell...hehe)tetapi ingin merujuk pada plant cell sahaja untuk dijadikan rujukan supaya ia boleh merangkumi semua fungsi(kerna pada plant cell terdapatnya organel-organel animal cell).

Kita lihat pada cytoplasm terlebih dahulu,ia merupakan cecair yang paling banyak terdapat didalam cell.Kita boleh samakan ia dengan ahli masyarakat(mungkin).

Kemudian kita lihat pula pada cell wall,ia merupakan dinding cell yang mengekalkan bentuk bagi sesuatu plant cell.Pada tanggapan saya ia menyerupai agama itu sendiri iaitu ISLAM.Kerna Islamlah yang menjaga bentuk sesuatu masyarakat(Jika tidak ada Islam,mungkin teruknya negara kita dalam pelbagai masalah menyerupai masyarakat barat).

Seterusnya kita lihat pada cell membrane,ia merupakan dinding cell yang separa-telap(iaitu hanya m'benarkan  bahan-bahan tertentu sahaja yang melaluinya).Aplikasinya,ia seperti IMAN di dada.Imanlah yang dapat menapis dan memilih 'unsur' yang sesuai dengan diri seseorang mukmin itu.Jika lemah Iman maka lemahlah 'tapisan' yang dilakukan.(Tidak perlu dipanjangkan kepada transport in cell membrane yg lain...huhu)

Nucleus pula adalah ibu yang mengawal sesuatu cell,ialah yang mengaturkan perjalanan sel,ia juga menyimpan pelbagai maklumat DNA bagi cell.Ia samalah seperti Pemimpin.Merekalah yang menggerakkan sesuatu masyarakat,jika ia tidak bergerak berlandaskan ketapan syara',tidaklah ia berguna,maka ia boleh menghancurkan cytoplasm didalamnya(beerti rakyatnya).

Maka golongan Huffaz saya ibaratkan sebagai organel,didalam sel,terdapat pelbagai organel yang melakukan pelbagai fungsi seperti mitochondria yang menghasilkan energy,ribosome menghasilkan protein,dll.Anda dan saya(golongan huffaz) tidak lain bertanggungjawab menjalankan masyarakat.Jika cell wall,cell membrane dan nucleus nya ada,maka ia hanya akan lengkap jika adanya orang yang menjalankannya.


Caranya?Mungkin saya boleh katakan pelbagai,seperti juga dengan organel yang mempunyai pelbagai jenis dan fungsi tetapi ia mempunyai tujuan yang sama. Menjalankan cell.Jika tiada organel maka tiadalah berguna cytoplasm dan nucleus. Fungsi bagi cell wall dan cell membrane juga akan menjadi kosong.(yang membezakan huffaz dan dai’e biasa ialah anda mempunyai 30 juz’ Al-Quran, jadi jangan sia-siakan Ia)

Maka bagi yang membaca,samada Huffaz ataupun selainnya(selain huffaz) sedarlah akan tanggungjawab anda.Bagi Huffaz tebarkan Al-Quran anda dengan pelbagai cara mengikut kemampuan dan kekereatifan anda.Bagi selain Huffaz,jika anda ibubapa, rancanglah untuk menjadikan anak-anak anda seorang huffaz.Dan bagi yang lain, ingatkanlah Huffaz-Huffaz ini jika mereka lalai dari jalan yang sebenarnya kerna mereka juga adalah MANUSIA!!!

                                                                                                              Amir afham,
                                                                                                              12.42.a.m.   ,
                                                                                                              27 Disember 2010.
*bagi yang kurang faham,jangan beratkan diri anda dengan artikel ini.







 

True Love for whom??


"Love is a natural and essential aspect of our being. But when it is transformed into "true love"-love of the Creator-it acquires its true nature and color, and later becomes "pure" pleasure at the threshold of union. "

Assalamualaikum..,

Salam mahabbah., salam ukhwah...
Frens.., let's talk about love.., what's the  true meaning of love?? Have you ever wonder?? I'd like to share here a quotes from a friend..,

"Love enlighten heart.., true love paid for Allah"

This is my favourite quotes actually.., the meaning is so deep and meant to us. It assigned that the true love is the only love we paid for our Creator, Allah.. But nowadays, we can see some mankinds on the earth are forgetting about their love to Allah.., These days.., love are cheap,no dignity,no mercy,no bless..
How did this happened?? I'ts all because the "Deen" inside their soul is not concerned wisely.., yes, they are Muslim and Muslimah, but are they Mu'min and Mu'minah?? A Muslim should be proud of their religion ,Islam, the most perfect religion compared to Buddha,Christian and else.. and a Muslim also should improved theirselves days by days to become the real Muslim and Mu'min so that they will be blessed by Allah all the time, InsyaAllah..,
Now,back to the topic, what i want to share here? I'd love to share here a love story between Zainab Bt Muhammad and Abu El Ass ibnu Rabee..,

Zainab was the daughter of the Prophet (PBUH) and her cousin Abu El'Ass, was Khadeeja's (RA) nephew. He was one of the nobles of the Quraish, and the Prophet (SAW) loved him very much.

One day Abu El'Ass went to the Prophet (SAW) before he had received his mission of Prophethood and said: "I want to marry your eldest daughter". So the Prophet replied: "I must ask her first". He (SAW) went to Zainab and asked her: "Your cousin came to me and he wishes to marry you, do you accept him as your husband?" Her face turned red with bashfulness and she smiled.

So Zainab married Abu El'Ass, the beginning of a great love story. They had two children; Ali and Omama.



Then Muhammad became a Prophet while Abu El'Ass was away from Makkah. Abu El'Ass returned to find his wife a Muslim. When he first came back, his wife said "I have great news for you". He stood up and left her. Zainab was surprised and followed him as she said, "My father became a Prophet and I have become a Muslim". He replied, "Why didn't you tell me first?" Hence a big problem began between the two; a problem of religion and belief.



She told him, "I wasn't going to disbelieve in my father and his message, he is not a liar, and he is "The Honest and Trustworthy". I'm not the only believer; my mother and my sisters became Muslims, my cousin Ali ibn Abi Taleb became a Muslim, your cousin Othman ibn Affan became a Muslim, and your friend, Abu Bakr, became a Muslim".

He replied, "Well, as for me, I don't want people to say, 'he let down his people and his forefathers to please his wife'. And I am not accusing your father of anything". Then he said, "So will you excuse me and understand?" She replied, "Who will excuse and understand you if I don't? I will stay beside you and help you until you reach the truth." And she kept her word for 20 years.



Abu El'Ass remained an unbeliever, and then came the migration. Zainab went to her father and asked him for the permission to stay with her husband. The Prophet (SAW) replied, "Stay with your husband and children".

So Zainab stayed in Makkah, until the battle of Badr occurred. Abu El'Ass was to fight in the army of Quraish against the Muslims. For Zainab, it meant that her husband will be fighting her father, a time Zainab had always feared. She kept crying out: "O Allah, I fear one day the sun may rise and my children become orphans or I lose my father".

So the battle started, and ended in victory for the Muslims. Abu El'Ass was captured by the Muslims, and news of this reached Makkah. Zainab asked, "What did my father do?" They told her, "The Muslims won". So she prayed to Allah, thanking Him. Then she asked: "What did my husband do?" They said: "He was captured". She said, "I'll send a payment to release him". She didn't own anything of much value, so she took off her mother's necklace, and sent it with Abu El'Ass's brother to the Prophet.

While the Prophet (SAW) was sitting, taking payments and releasing captives, he saw Khadeeja's necklace. He held it up and asked: "Whose payment is this?" They said: "Abu El'Ass ibn Rabee". He cried and said "This is Khadeeja's necklace". As soon as the Messenger of Allah (PBUH) saw that necklace, he had a feeling of extreme compassion and his heart palpitated for the great memory. The Companions who were present there gazed in amazement having being captivated by the magnificence of the situation.

After a long silence, the Messenger of Allah (SAW) stood up and said "People, this man is my in-law, should I release him? And do you accept the return of this necklace to my daughter?" They answered in unison "Yes, Messenger of Allah".



The Prophet (SAW) gave the necklace to Abu El'Ass and said to him: "Tell Zainab not to give away Khadeeja's necklace". Then he (SAW) said, "Abu El'Ass, Can we speak privately?" He took him aside and said, "Allah has ordered me to separate between a Muslim and a disbeliever, so could you return my daughter to me?" Abu El'Ass reluctantly agreed.

Zainab stood on the gates of Makkah waiting for the arrival of Abu El'Ass. When he finally came he said, "I am going away". She asked, "Where to?" He replied, "It is not me who is going, it is you. You are going to your father. We must separate because you are a Muslim". She implored him, "Will you become a Muslim and come with me?" But he refused.



So Zainab took her son and daughter and traveled to Madinah, and for 6 years she refused to remarry, hoping that one day Abu El'Ass would come.

After 6 years, Abu El'Ass was traveling in a caravan from Makkah to Syria. During the journey, he was intercepted by some of the Prophet's companions. He escaped and asked for Zainab's home. He knocked on her door shortly before the dawn prayer. She opened the door and asked him "Did you become a Muslim?" He whispered "No, I come as a fugitive". She implored him once more "Can you become a Muslim?" Again his answer was a negative. "Do not worry." She said, "Welcome my cousin, welcome, the father of Ali and Omama".

After the Prophet (SAW) prayed the dawn prayer in congregation with the people, they heard a voice from the back of the mosque, "I have freed Abu El'Ass ibn Rabee". Zainab had granted Abu El'Ass' freedom. The Prophet (SAW)asked, "Have you heard what I heard?" They all said, "Yes, Messenger of Allah". Zainab said, "He is my cousin and the father of my children and I have freed him". The Prophet (SAW) stood up and said, "O people, I declare that this man was a very good son-in-law, he never broke his promise, and neither did he tell lies. So if you accept, I will return his money back and let him go. If you refuse it's your decision and I will not blame you for it." The companions agreed, "We will give him his money". So the Prophet (SAW) said to Zainab, "We have freed the one you have freed, O Zainab." Then he (SAW) went to her and told her "be generous to him, he is your cousin and the father of your children, but don't let him get near you, he is prohibited for you." She replied, "Sure, father, I'll do as you say".



She went in and told her husband, "O Abu El'Ass, didn't you miss us at all? Won't you become a Muslim and stay with us?" But he refused. Abu El'Ass then took the money and returned to Makkah. Once he returned he stood up and announced, "O people, here is your money. Is there anything left?" They replied, "No, Abu El'Ass, there is nothing left, thanks a lot." So Abu El'Ass said, "I testify that there is no god but Allah, and Muhammed is His Messenger." Then he went back to Madinah and ran to the Prophet (SAW) as he said, "Dear Prophet, you freed me yesterday, and today I say that I testify there is no god but Allah and you are His Messenger." He asked the Prophet, "Will you give me the permission to go back to Zainab?" The Prophet (SAW) smiled and said, "Come with me"; he took him to Zainab's house and knocked on her door. The Prophet (SAW) said, "O Zainab, your cousin came to me and asked if he can return to you". Just like 20 years before, her face turned red with bashfulness and she smiled.

The sad thing was, a year after this incident, Zainab died. Abu El'Ass shed hot tears because of her death and drove those who were around him to tears. The Messenger of Allah (SAW) came with eyes full of tears and a heart full of sorrow. Zainab's death reminded him of the death of his wife, Khadeejah. He told the women, who gathered around Zainab's corpse, "Wash her three times and use camphor in the third wash." He performed funeral prayers on her and followed her final resting place. Abu El'Ass returned to his children, Ali and Omama. Kissing them and wetting them with his tears, he remembered the face of his departed darling.



May Allah be pleased with Zainab, the Prophet's daughter! May He reward her with Paradise for her patience, endurance and struggle!

Abu El'Ass would cry so profusely that the people saw the Prophet himself weeping and calming him down. Abu El'Ass would say, "By Allah, I can't stand life anymore without Zainab". He died one year after Zainab's death.

The story told us the sacrificing of Zainab Al Jahsyi and the love between her and Abu El Ass...I hope we can together take the values from the story...


O Allah..
Please bless us with your great blessings..
Our love is for You.,
Just for You
The Great Almighty...
AllahuAkbar~

~With Love~
12:40/26.12.10

Thursday, December 23, 2010

Perpisahan sesuatu yang pasti...

"Quran yang pelu dijaga,jangan lari darinya,"
       Bukan senang untuk menahan perasaan ini.Jujur,nasihat ini sentiasa menjadi pagar keatas saya.Nasihat yang datang dari seorang yang amat saya hormati.Kata yang datang pabila kami masing-masing akan berpisah,waktu bertemu kembali?Hanya DIA yang tahu.
    
        Mungkin pertemuannya ketika mengambil slip peperiksaan kelak,mungkin juga suatu masa yang tidak terjangka atau mungkin tiada langsung rezeki yang diberikan olehNya untuk bersua.

         Gelogak jiwa mengingati saat itu,perjuangan bersama dalam jangka yang lama amat bermakna bagi saya.Bukan senang untuk membentuk suatu kumpulan diatas satu ikatan,tetapi kami berjaya.Kuncinya? Iman dan Ikhlas(mungkin,anda sendiri perlu mengkaji).Tetapi kini kami akan berpisah.Semuanya.

         Kita selalu bersedih akan 'ini',tetapi sejauhnya jika direnungkan,banyak perancangan Tuhan daripada itu,semuanya adalah yang baik samada untuk diri maupun mad'u disekeliling.Renungkan hikmahnya,mungkin ke atas kami hikmahnya banyak.Tarbiah yang disemai walaaupun tidak penuh tetapi cukup untuk membawa masyarakat sekeliling. Renungkan,apabila jiwa yang tersemai ini bertebaran  di atas 'tanah' bukankah akan terjalan  dakwah islamiah itu?Khabarlah wahai sahabat seUkhwah!

          Saya juga menyayangi ikatan yang dibentuk oleh Ukhwah ini,sungguhnya.Jujurnya dengan ia saya menilai dunia.saya belajar,bermacam perkara.Samada menilai manusia,mencari asbab sesuatu perkara dan befikir akan ketentuanNya.

           Jujur dari jiwa wahai sahabat,saya merindui saat kita melalui bermacam perkara,Ketika ini baru rasanya,saat sama-sama berjuang(peperiksaan ataupun apa-apa yang kita perjuangkan bersama,yang ku rindui adalah yang 'muktakhir' ini),berkumpul dan bergurau senda serta segalanya tentang kita.

           Tapi itu tinggal kenangan dan menjadi penguat tika kita terasa keseorangan dan kesedihan juga ketika kita tercari kembali erti kehidupan(Jauhkanlah Ya Allah kami dari perkara spt ini).

           Bergeraklah dengan jiwa yang baru dan ingatlah asalan hati kita adalah SATU,tercerai hanya untuk ad-deenMu.Moga diberkati perjuangan itu.Uhibbukum FilLLAH!!

                                                                                                                                        Amir Afham,
                                                                                                                                        11.03.a.m.
                                                                                                                                        23 Disember 2010

*Luahan yang saya luhurkan khas untuk sahabat seperjuangan,3rd Batch of Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah Kelantan.(since 2006)