Friday, December 31, 2010

Selangkah ke Kehidupan Pembaharuan

Sungguh...kali ini saya kehilangan tajuk untuk menulis.Keliru untuk menulis 'Selangkah ke Kehidupan Baru' ataupun 'Selangkah ke Kehidupan Pembaharuan'.Tidak Pasti.

Tapi pada perkadaran saya,yang selayaknya saya tulis untuk malam penghujung tahun ini @ malam penghampiran tahun baru ini ialah 'Selangkah ke Kehidupan Pembaharuan'.Mengapa?Saya kurang pasti. Tapi saya cuba mencari jawapan.

Mungkin yang saya boleh hulurkan adalah seperti ini.Mari kita fikirkan bersama.

Mengapa saya tidak saya berkehendak untuk menulis 'Kehidupan Baru'?Selayaknyakah manusia yang telah lama menikmati kehidupan merasai kehidupan BARU?Kehidupan baru ialah satu kehidupan yang baru seperti seorang bayi yang baru dilahirkan ataupun seorang yang telah MATI memindah ke kehidupan baru iaitu ALAM KUBUR.Mungkin definasinya seperti itu.

Kerana itulah saya ingin menulis 'Selangkah ke Kehidupan Pembaharuan'.Kehidupan pembaharuan ialah bentuk kehidupan yang cuba diubah oleh seseorang manusia untuk mendapat kehidupan yang lebih baik.Atau ia kita boleh samakan dengan konsep HIJRAH.


Mungkin sesetengah dari kita beranggap HIJRAH itu hanya pada untuk awal tahun di bulan MUHARRAM.Bagi yang beranggapan begitu,sedarlah ia adalah konsep yang difikir secara salah.Ia kerana Hijrah itu hidup di sepanjang kehidupan.Tidak mempunyai pemula dan penamat.Apabila telah merasa untuk berubah,itulah HIJRAH.Ia sentiasa wujud,bagi mereka yang ingin mengubah kehidupan sendiri.Bagi yang mencari,kewujudannya adalah sehingga TERBITNYA MATAHARI DARIPADA BARAT(bermakna ketika ini pintu taubat telah pun tertutup).


Jika kita telah melihat apa yang perlu dibuat pada permulaan tahun ini.Ia adalah Kehidupan Pembaharuan,mengubah diri supaya menjadi lebih baik,supaya lebih bertambah ilmu iman di dada,dan bermacam cara dengan tujuan membawa diri kepada yang lebih baik,yang lebih dekat kepada Rabbi.
Supaya Kehidupan Baru di 'alam kemudian' lebih terjamin untuk kita hamba PENCIPTA.

Inilah HIJRAH di awal JANUARI!!!

amir afham,
11.34.p.m.,
31 Disember 2010.

1 comment:

BintangHati said...

hijrah itu satu kemanisan..,