Monday, December 27, 2010

Huffaz Penjana Organel Agama

"Seperti manakah bentuk pergerakan kita selepas ini?,"persoal sahabat.
        "Maksudnya?,"Tanya saya kurang mengerti.Soalan ini ditujukan pada akhir-akhir penggal persekolahan oleh seorang sahabat.Teman yang paling rapat saya kira.
        "Maksudnya,selepas sesi persekolahan kita tamat,bagaimana kita 'berjalan' di tengah masyarakat."Baru saya mengerti.Kami diam tidak berjawapan.

Saya baru mempunyai jawapan.Saya tidak pasti samada anda boleh memahami ia ataupun tidak tapi saya akan cuba ketengahkan konsep ini.

Kita lihat pada sturuktur sesuatu sel.Bagi plant cell di bahagian terluar adalah cell wall,lapisan kedua adalah cell membrane.Didalamnya terdapat bendalir-bendalir cytoplasm dan pada cytoplam itu terdapatnya organel-organel yang berbagai fungsi.

Saya tidak berhajat untuk merujuk pada animal cell(minta maaf animal cell...hehe)tetapi ingin merujuk pada plant cell sahaja untuk dijadikan rujukan supaya ia boleh merangkumi semua fungsi(kerna pada plant cell terdapatnya organel-organel animal cell).

Kita lihat pada cytoplasm terlebih dahulu,ia merupakan cecair yang paling banyak terdapat didalam cell.Kita boleh samakan ia dengan ahli masyarakat(mungkin).

Kemudian kita lihat pula pada cell wall,ia merupakan dinding cell yang mengekalkan bentuk bagi sesuatu plant cell.Pada tanggapan saya ia menyerupai agama itu sendiri iaitu ISLAM.Kerna Islamlah yang menjaga bentuk sesuatu masyarakat(Jika tidak ada Islam,mungkin teruknya negara kita dalam pelbagai masalah menyerupai masyarakat barat).

Seterusnya kita lihat pada cell membrane,ia merupakan dinding cell yang separa-telap(iaitu hanya m'benarkan  bahan-bahan tertentu sahaja yang melaluinya).Aplikasinya,ia seperti IMAN di dada.Imanlah yang dapat menapis dan memilih 'unsur' yang sesuai dengan diri seseorang mukmin itu.Jika lemah Iman maka lemahlah 'tapisan' yang dilakukan.(Tidak perlu dipanjangkan kepada transport in cell membrane yg lain...huhu)

Nucleus pula adalah ibu yang mengawal sesuatu cell,ialah yang mengaturkan perjalanan sel,ia juga menyimpan pelbagai maklumat DNA bagi cell.Ia samalah seperti Pemimpin.Merekalah yang menggerakkan sesuatu masyarakat,jika ia tidak bergerak berlandaskan ketapan syara',tidaklah ia berguna,maka ia boleh menghancurkan cytoplasm didalamnya(beerti rakyatnya).

Maka golongan Huffaz saya ibaratkan sebagai organel,didalam sel,terdapat pelbagai organel yang melakukan pelbagai fungsi seperti mitochondria yang menghasilkan energy,ribosome menghasilkan protein,dll.Anda dan saya(golongan huffaz) tidak lain bertanggungjawab menjalankan masyarakat.Jika cell wall,cell membrane dan nucleus nya ada,maka ia hanya akan lengkap jika adanya orang yang menjalankannya.


Caranya?Mungkin saya boleh katakan pelbagai,seperti juga dengan organel yang mempunyai pelbagai jenis dan fungsi tetapi ia mempunyai tujuan yang sama. Menjalankan cell.Jika tiada organel maka tiadalah berguna cytoplasm dan nucleus. Fungsi bagi cell wall dan cell membrane juga akan menjadi kosong.(yang membezakan huffaz dan dai’e biasa ialah anda mempunyai 30 juz’ Al-Quran, jadi jangan sia-siakan Ia)

Maka bagi yang membaca,samada Huffaz ataupun selainnya(selain huffaz) sedarlah akan tanggungjawab anda.Bagi Huffaz tebarkan Al-Quran anda dengan pelbagai cara mengikut kemampuan dan kekereatifan anda.Bagi selain Huffaz,jika anda ibubapa, rancanglah untuk menjadikan anak-anak anda seorang huffaz.Dan bagi yang lain, ingatkanlah Huffaz-Huffaz ini jika mereka lalai dari jalan yang sebenarnya kerna mereka juga adalah MANUSIA!!!

                                                                                                              Amir afham,
                                                                                                              12.42.a.m.   ,
                                                                                                              27 Disember 2010.
*bagi yang kurang faham,jangan beratkan diri anda dengan artikel ini.







 

No comments: