Saturday, June 18, 2011

GEJALA

Salam kepada anda yang membaca,semoga saya juga mendapat berkat daripadaNya.

Sungguh,saya cukup terkesan apabila membelek satu laman,selepas membaca artikel yang di tulis oleh Us.Nasaruddin(ketua PEMUDA Pas),mungkin saya yang ketinggalan dari nilainya.Tapi ia tetap sesuatu yang perlu difikirkan jalan penyelesaiannya.Lihat angka ini.

16 100(2007),
16 500@ lebih(2008)-saya kurang ingat angkanya,
17 303(2009)

Tahukah anda semua apakah maksud nilai ini?
Inilah nilainya 'ANAK LUAR NIKAH' yang lahir di Malaysia ini!!!
Ini adalah nilai rasmi yang diperolehi daripada Jabatan Pendaftaran Negara,yang tidak tercatat?!

Bayangkan jika beberapa minggu yang lepas,melalui laporan media massa seramai 3 orang anak luar nikah yang lahir di sekitar lembah klang,dua daripadanya MATI DIBUANG.Kita ambil nisbah ini,1:3.
Jika setiap bayi yang lahir itu mengikut nisbah ini?Taukah anda bertapa kritikalnya negara kita sekarang!

Kita ambil angka 17 303(2009),bahagikan dengan 365hari/tahun,
=47 bayi yang lahir/hari!,
=1 bayi/setengah jam!
Jika diambil kira nisbah 1:3?!

Daripada JPN juga melaporkan,untuk Januari 2011 sahaja mencatatkan nilai sebanyak 33 orang bayi yang lahir!Pernahkah anda mengira bilangan bayi yang mati dibuang pada bulan tersebut?Dengan nilai itu,berapa banyak nilai yang lojik untuk difikirkan dengan kata,pasangan yang melakukan hubungan yang terlarang ini

Punca

Di sini banyak yang boleh difikirkan,cuma apa yang boleh saya perkatakan,ia bukanlah salah individu sahaja,banyak yang menjadi faktor,keluarga,masyarakat dan Negara ini sendiri!Tidak salah untuk saya katakan,keluarga adalah faktor yang besar menyumbang kepada gejala ini,keluarga yang tidak berdiri atas pembentukan agama,begitu juga dengan masyarakat dan KERAJAANNYA!

Mencegah

Sebelum ke pencegahan,tolong anda fikirkan,berapa ramai pelajar pengajian agama di Malaysia?Berapa pula yang menghafal kalam Quran?Sepatutnya ramaikan.Sekarang kita membicarakan langkah pencegahan,bermakna perkara yang dibincangkan telah pun berlaku dan perlu di cegah.Caranya senang, Lulusan @ oragng yang punya kesedaran agama perlu sedar peranan mereka!Samada bertebar ke dalam keluarga mereka,masyarakat maupun ke dalam Kerajaan itu sendiri(jika itu payah,berjuang melalui pihak yang 'satu' lagi!)!

Sedarlah peranan anda!!Terutama yang masih MUDA!!!!


amirafham,
18/06/11,
05:45.p.m.

Saturday, May 28, 2011

GENERASI Y

Rindu utk menulis tidak boleh ditahan lagi.Banyak 'pendapatan' baru yang ingin dikongsi.Kalau boleh,semuanya!Tapi kesuntukan masa penghalang utama.

Salam Ukhwah!

Di tmpat baru saya banyak belajar yang baru juga.Di sini semuanya berlainan.Sentiasa berbunyi perkataan TARBIYAH dan UKHWAH.Penekanan ke atas kami,seharusnya juga ke atas pejuang islam,menggunakan dua konsep ini.

Maka sahabat,banyak isu yang hangat diperkatakan muktahir ini.Fitnah yang berleluasa,korupsi yang terus menjala.Saya tidak ingin sentuh perkaranya.Tapi apa yang saya ingin persoalkan,apakah peranan kita sebagai seorang Pemuda lapisan Negara dalam menangani hal ini?





Kita merupakan pemuda,masih segar pemikirannya,walau bru belajar bertatih di dunia,hasilkan sesuatu mengikut pemikiran minda kita,beserta dengan semangat juangnya,jika masalah berlaku kini,impaknya kepada kita,kerna kitalah pelapis mendatang.Mereka pimpinan sekarang mungkin sudah berkubur semuanya tika kita yang memerintah tampuk itu,kita yang merasa kesannya!!!


Sedikit sajhaja yang boleh dicoret kala ini,maaf.Masa tidak mengizinkan.Salam Mahabbah.

Tuesday, April 19, 2011

Nilai Ukhwah

Segar di minda pengalaman yang baru berlalu,menaikkan lemah yang menapak di jiwa,sekian lama tidak terasa.Walau keduanya adalah berbeza bentuk,cara dan tindakan,tapi asasnya sama.Itulah yang telah saya rasai.



Sewaktu di sekolah menengah,cara saya memahami ukhwah berbeza dengan cara yang baru saya terima.Di Maahad,kami belajar membina ukhwah itu,kami belajar memahami ukhwah itu,kami perlu memikir apakah ukhwah itu,bagaimana caranya,apakah jalannya.Di pembelajaran yang baru ini secara asasnya ia tetap memperbahaskan akan ukhwah,tapi yang berbeza ialah cara pembawaan.

Di Maahad dan keadaan sekarang,caranya berlainan,keduanya mempunyai pro dan kontra.Itulah yang membentuk pemikiran saya senja ini akan maksud sebenar ukhwah itu.Yang membawa saya ke arah satu pemikiran baru.Menggabungkan apa yang saya pelajari ini.Mungkin ramai yang tidak setuju, tetapi itu terpulang kepada mereka untuk dinilai.



Ukhwah secara asasnya ikatan yang terbentuk di antara seorang muslim.Ikatan apa?Itu adalah ikatan Kasih Sayang yang bisa membawa kekuatan yang luar biasa di dalam perkumpulan muslim.Lihat sahaja sejarah islam yang terdahulu,sepertinya kisah 3 orang mukmin di waktu peperangan:

-ketiga-tiga mereka telah mendapat kecerderaan yang parah,semuanya terlantar di dalam khemah 'pesakit',salah seorang dari mereka meminta air kerna kehausan,maka dihulurkan si petugas air itu,apabila lelaki pertama ini ingin meminum,maka dilihatnya saudara di sebelahnya juga kehausan,maka beliau dahulukan saudaranya itu,maka apabila si lelaki kedua ini ingin meminum air itu,dilihatnya lelaki bersebelahan kehausan,didahulukan beliau kepada lelaki itu.Pabila dihulurkan kepada lelaki itu,ternyata  beliau telah pun syahid.Dibawa semula kepada lelaki kedua,beliau juga telah syahid.Dibawa semula kepada lelaki yang pertama,maka didapati lelaki itu juga telah syahid.

Apa yang membentuk perilaku ketiga lelaki ini?Itulah ukhwah yang diselaputi kasih sayang.Sanggup mendahulukan sahabat tika mereka sendiri kesusahan.Andaikan kisah ini diaplikasikan pada zaman ini, apakah serupa keadaanya?



Tika di Maahad,ukhwah kami terbina untuk kami gagah dan kuat,kami bersatu untuk menahan segala tekanan dan keadaan yang menimpa.Segala perjuangan kami,dilakukan bersama.Tekanan,kami tamgkis bersama.Itulah yang merapatkan kami.Sungguh,ia begitu manis kerna ia berbentuk perjuangan.Seperti Nabi dan sahabat yang menggali parit untuk dijadikan kubu dari serangan puak kafir Quraish.Semuanya berlapar,tapi di situlah manisnya.

Tapi berbeza dengan keadaan yang sekarang,yang saya perolehi disini banyak yang barunya.Di sini ukhwah terbina dengan diajar untuk menerima keadaan seseorang itu seadanya.Ini yang kurang saya dapati di Maahad disebabkan masa kami bersama yang singkat.Di sini juga saya belajar banyak pendekatan yang baru untuk ukhwah itu,yang telah saya terfikirkan tika di Maahad dahulu,tetapi masa yang mengengkang untuk perlaksaan.Saya belajar untuk menggunakan cara yang lebih 'ayu' dan 'rilex'.Tidak seperti di Maahad(mungkin kerna kami begitu serius dengan perjuangan yang kami bawa).



Tapi keduanya 'kurang' dari segi pernilaian saya,bagi saya,ukhwah itu menjadi sempurna pabila ia menggabungkan kedua-dua faktor,perjuangan dan pendekatan yang baik,itu yang dibawa oleh Baginda s.a.w yang sebenarnya.pendekatan usrah Baginda bawa,pendekatan perjuangan melalui peperangan maupun pengorbanan kepada saudara seagama juga diajar Baginda.Jadi wajarkah jika saya kata kurang?Andalah yang menilai ukhwah itu melalui kesedapan jiwa anda sendiri bersandarkan syaria'h ad-Dinnul Islam.

amir afham,
11.17.p.m.,
19/04/2011.

Wednesday, April 13, 2011

Umat Terbaik

Dan Tuhan berfirman:"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman) Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik.."-Al-Imraan:110


Salam ukhwah,
Demikianlah penerangan Allah Taala akan satu kebenaran dengan sejelas-jelasnya.Di dalam satu Kitab yang turunnya kepada seorang nabi diakhir zaman malah juga nabi yang pengakhiran.Dalam ayat ini Allah telah membuat satu pengakuan yang jelas akan agama yang disampaikan oleh pesuruhnya(Muhammad s.a.w) akan kebenarannya sekaligus menafikan kebenaran agama sebelumnya(kerna akan kesesatan agama sblm itu)..





Tapi tidaklah semudah itu(semudah A,b,c) bagi golongan umat Muhammad untuk menjadi umat yang terbaik.Dalam ayat ini Allah Taala telah meletakkan beberapa syarat kepada golongan ini yang perlu diikut oleh mereka(saya berharap saya merupakan golongan ini).Marilah renungkan bersama.


Dalam petikan ayat ini,Allah Taala telah mengenakan syarat yang pertama iaitu mengajak kepada ma'aruf(kebaikan).Maka kita renungkan kembali stratergi Nabi Muhammad lakukan.Muhammad itu ajakan kebaikannya(dakwah) mempunyai beberapa cara yang unik.Iaitu melalui hadisnya iaitu perbuatan,percakapan dan taqrir(diam yang membenarkan).Perbuatan nabi itu perilakunnya begitu baik sekali.Mempunyai package yang lengkap.Semuannya yang baik.Katakan sahaja,cara melayan,cara ketawa dan selainnya.Begitu lengkap.Bahkan Aisyah sendiri mengungkapkan akan perbuatan akhlak nabi ini,Ibarat Al-Quran! Kemudian ialah melalui percakapan Baginda.Tidak perlu diperbahaskan,anda mesti mengerti ianya begitu lembut dan baik tuturnya.Itulah antara cara yang diajar kepada kita secara informal untuk berda'wah.





Maka jika pergi kepada yang seterusnya,Allah menegaskan syarat kedua untuk menjadi umat yang terbaik ialah dengan menafikan kemungkaran(menghalang perkara mungkar).Mudah sahaja formulanya,nampak mungkar cegah.Caranya?Ikut ajaran nabi Muhammad:"Sesiapa yang melihat kemungkaran,cegahlah ia dengan tanganmu(kuasa),jika tidak mampu dengan lisanmu(kata-kata:nasihat,teguran dll),Maka jika tidak mampu dengan hatimu(berdoa akan kebaikan),maka itulah selemah-lemah iman"-hadis.Nah,itu caranya.






Yang ketiga ialah beriman dengan Allah Taala,inilah yang payahnya,bagaimana caaranya?Untuk beriman?Apa itu iman, menurut ilmu yang dimiliki saya,iman itu boleh kita ta'arifkan membenarkan dengan hati dan di'amalikan dengan perbuatan.Mudah sahaja jika hendak ia terjemahkan  ke dalam kehidupan,Iman itu sifatnya boleh bertambah dan berkurang bagi manusia.Cara menjaga dan meningkatkan ia mudah secara teori(melalui jasmani dan rohani),tapi sukar untuk cara praktikal(mungkin saya sendiri).Maka dalam satu ayat yang lain,jika kita beriman kita tidak akan mendapat kerugian:"Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian #Kecuali orang-orang yang beriman......"-Al-'Asr-2 dan 3.


Maka lengkaplah carannya kehidupan umat yang terbaik.Dengan inilah terhasilnya Halawatul Iman(kemanisan Iman),Tidakkah kehidupan seperti ini manis di sisi kalian?




amir afham,
1.12.a.m.,
13/4/2011.







Sunday, April 3, 2011

PERINGATAN BUAT YANG LUPA

[Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya"}.-Al-Baqarah:30


Salam ukhwah buat sahabat tercinta,biar kita kurang mengenali tetapi biiznillah ukhwah kita tetap terjalin pabila kita redha dengan jalan sebagai seorang mukmin dan muslim di muka bumi Tuhan ini.





Sahabat,
Kita selalu alpa,leka,sentiasa melari pabila kebenaran dihulurkan,samada lembut ataupun sedikit keras caranya.Tapi itulah kita.Sejajar dengan keraguan yang ditimbulkan ciptaan Allah sebelum kita-malaaikah,tika Tuhan itu hendak menciptakan,tapi itulah keadaannya.


Satu perkara yang acap berlaku tika manusia itu kecewa(sebenarnya itulah diri ini,Ya Allah!aku memohon padaMu atas segala alpa yang ku lakukan tika ujianMu ini menimpa),mereka lupa rabbNya,dengan alasan KECEWA,Ya Allah!Teruknya manusia ini.


Hanya dengan alasan kecewa,manusia lupakan Tuhan,amanah kehidupan dan lainnya.Tidak terkira nikmat Tuhan,sentiasa disalurkan walau kita telah melupakan akan Dia.Tapi,itulah manusia.Penuh dengan kecewa.Tidakkah kita sedar,Siapa kita?Apakah kita?Dimanakah kita?





Sedarlah,kita ini khalifah bumi TUHAN,lelaki dan wanita,serupa semuanya.Punyai tanggungjawab.Kecil atau besar,masihlah tanggungjawab,sesuai dengan ketentuan Tuhan.Bukankah tukang sapu sampah itu juga khalifah?Membawa tanggungjawab tunjuk kepada manusia bagaimana caranya menyapu sampah,supaya bersih dunia ini!!Tapi sayang,ramai yang menghinakan.


Sejujurnya,aku betul-betul kesal dengan apa yang kulihat ini,sekesal tika aku juga terperangkap dala situasi ini.Tapi mujurnya,berkat Tuhan,aku sedar kembali,Hamdalah ku panjatkan.Dengan kesedaran inilah aku menulis.Supaya aku dapat untuk cuba memberikan kesedaran kepada mereka yang masih alpa.Supaya Tuhan dapat menerima taubatku atas kealpaan itu.Dengan cara yang kulakarkan.Biarpun sikit huraiannya,moga cukup untuk menyinggah walau sejenak di pemikiran.


amir afham,
12.58.a.m.,
3.4.2011.













































































































Tuesday, March 22, 2011

Ukhwah Anai-Anai

Bukan senang tuk menilai,
sekecilnya ia dianggap,musuhnya besar,
Cecair-cecair yang racun ditempuhi,
dan banyak lagi.Mungkin.



Pedulikan yang itu,
Kerna yang itu jenisnya memang merosak,
lihatlah pada yang berkerajaan di Rebung,
kerna disitu banyaknya hikmah.

Terbahaginya ia,banyak,didalam satu Negara Rebung,
Si Permaisuri,Si Pengawal,,Si Pekerja dan lainnya,
Semuanya bekerja di dalam bidang,
untuk kelansungan rakyat jelata,
Tanda adanya sayang di semua jiwa.



Satu kelainan dari kerajaan lainnya,
yang menampak nilai ukhwah di sisi mereka,
yang tidak terlihat di mana-mana,
Tahukah apakah ia?

Musuh menyerang dinding kota,
Penatnya mereka pergi bersahaja,

Naiklah semua rakyat jelata,
tidak terkira tinggi pangkatnya atau rendah martabatnya,
Sama bergendeng perbaiki dinding kota,
terbina kembali dinding kota sesingkat masa.



Nah!
Itulah ciptaan yang bukan Khalifah,
yang Khalifah,durjana ada,
tidak menoropong contoh tersedia,
semuanya hanya mengikut nafsu di jiwa.

Bila kesedaran??
Siapa kesedar??
Tunggu Kiamatkah anda semua??

Agaknya...

Kerna itulah sifat makhluk pemerintah dunia....

amir afham,
12.32.p.m.
22/03/2011

Thursday, February 24, 2011

Di Sebalik Kebangkitan Rakyat Mesir

Mungkin ini lari dari yang kebiasaannya.Tapi saya tetap tertarik untuk menulis perkara ini.

Mulanya cuba lihatkan pada ini:

Dua buah negara arab yang ditakuti America jika Islam bangkit di situ ialah ARAB SAUDI dan MESIR.

Selepasnya kebangkitan rakyat islam Tunisia,pastinya ia akan 'berjangkit' kepada negara semenanjung Arab yang mana kebanyakan pemerintahnya adalah dari golongan KukuBesi.



America yang sedar akan ini pastinya akan takut jika perkara ini berjangkit kepada dua negara ini.Maka disinilah satu konspirasi telah dirancang oleh America : "Membawa Rakyat Mesir untuk Bangkit Menjatuhkan Husni Mubarak."

Maka si Hero yang dilantik oleh America untuk mengetuai KEBANGKITAN ini adalah  Muhammad El-Baradei, bekas Ketua Agensi Tenaga Atom Antarabangsa PBB (PBB merupakan sekutu kuat America).Maka dialah yang telah diangkat untuk mengetuai perjalan cerita ini secara 'tidak rasmi'.





Satu perkara yang tidak diketahui ramai adalah di negara mesir yang mempunyai berpuluh juta rakyat, 40% daripadanya ialah merupakan Special Branch(SB).Itulah antara sebabnya jika didalam sebuah rumah yang dihuni oleh sebuah keluarga,Si Ayah tidak berani memperkatakan berkaitan politik kepada si Anaknya dan begitulah sebaliknya.Itulah sebabnya mengapa IKHWAN begitu menasihati pengikutnya untuk mencari jodoh dengan sebaiknya.


Satu kehairanan,bagaimana sebuah negara yang mempunyai begitu ramai SB tetapi pemerintahnya tidak dapat membendung kebangkitan ini.Bukankah begitu?


Selain itu,Husni Mubarak mempunyai hubungan yang baik dengan Tentera(kerna beliau adalah bekas Genetral di dalam tentera).Dengan erti kata lainnya,kekuatan tentera itu dibawah pengaruh beliau.Beliau boleh sahaja untuk mengarahkan supaya para 'pemberontak' ini dibunuh.Mengapa ini tidak dilakukan beliau?


Cuba kita menggabungkan dua isi yang diolah ini,


1) Hampir separuh rakyat mesir merupan SB(tali barut yang dilantik oleh Husni Mubarak),diketuai Muhammad El-        Baradei
2)Tentera yang mempunyai hubungan rapat Husni Mubarak.


Nah!Bukankah begitu sempurna konspirasi yang diatur oleh America.


SB yang diarah untuk menjadi rakyat yang berdemonstrasi(kemungkinan) dan tentera yang diarah seolah-olah mengawal keadaan.Kita lihat,bertapa terlampau lembutnya kebangkitan rakyat di Mesir.Lain halnya di negara lain yang rakyatnya juga turut bangkit.Lihat sahaja Libya,sudah hampir 200 orang rakyatnya terbunuh.


Untuk pengetahuan,sebelum 'kejatuhan'  Husni Mubarak,Parlimen Mesir telah meluluskan satu isi perlembagaan yang baru,iaitu,:


Sesiapa pun bebas untuk bertanding jawatan President





Inilah apa yang diatur oleh si Dajal America,


Selepas turunnya Husni Mubarak,pastinya ramai wakil dari parti-parti Islam si Mesir yang akan meletakkan wakil mereka  pada pilihan raya president nanti,dan ketika ini,wakil 'America',Muhammad El-Baradei pastinya akan turut bertanding. 


Dengan pandangan rakyat mesir kepada beliau ialah seorang Hero dan parti-parti Islam tidak bersatu untuk meletakkan wakil mereka,maka 'tali barut' America ini pasti akan menang.Maka sekali lagi Mesir menjadi sekutu kuat bagi America!


Apa yang perlu dilakukan oleh gerakan-gerakan Islam di mesir adalah cuba bersatu untuk meletakkan wakil mereka pada PR president nanti.Walaupun jika kekalahan yang diperolehi,Islam di Mesir tidak akan berpecah kepada banyak, dan Muhammah El-Baradei tidak mempunyai peluang yang banyak kerna Islam di Mesir telah bersatu.


Harapnya gerakan-gerakan Islam di seluruh dunia sedar akan perancangan ini,sedarkan rakan-rakan di Mesir.(jika mereka tidak sedar,tetapi saya yakin mereka sedar akan perkara ini,tidak seperti ramai ahli politik negara yang hanya melambungkan Tahniah kepada rakyat Mesir atas 'kejayaan' mereka)


Sedarlah!!!!!!


amir afham,
11.18.a.m.,
24/02/2011.


Sumber: Dirahsiakan.





















































Friday, February 11, 2011

AL-HAFIZ @ AL-HABIS

" Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya.".

Muhammad itu sebelum matinya berpesan:"Aku tinggalkan kamu dua perkara,jika kamu berpegang padanya, maka kamu akan selamat : iaitu AL-QURAN dan AL-HADIS.



Bilangkan didekad ini,ramai mana manusia yang menghafal Quran.Penuh pelosok punyai  punyai pusatnya.Yang habis menghafal itu beratur menerima sijil dan 'imbuhan' dari kerajaan negeri masing-masing.Tapi yang masih teguh dengan Quran didada?Bilangkan.Mungkin seperti cubitan jemput-jemput.

Ramai yang menghafal tapi sedikit yang mengingati.Puncanya?Sepatut dikaji.

Seorang Ulama' berkata kepada saya : "Di Malaysia,Al-Quran dihafal untuk dilupai,bukan untuk diingati!"





Renungkan sebabnya.Kita melihat terlampau banyak pusat-pusat yang tertumbuh,baik milik GOVERMENT maupun STATE GOVERMENT ataupun swasta.Tetapi PRODUCT yang dihasilkan,berapa yang menjadi.Ikhlas saya katakan,saya juga merupakan salah satu dari hasil yang GAGAL.Tetapi bezanya saya dengan 'kebanyakan' mereka yang gagal adalah satu : [saya punyai kesedaran].

Yang tidak punya kesedaran itu,adakah itu salah mereka?Jika kesalahan itu ditunding atas mereka,andalah yang salah!

Mengapa?

Bukakan pemikiran anda.Sedia menerima kritikan dan teguran,kemudian sambung pembacaan artikel ini.

Lihat dahulu kisah yang saya ingin bawakan :

Amin seorang huffazul Quran,umurnya 18 tahun.Baru menyelesaikan SPM nya dua minggu yang lalu.Beliau asalnya seorang yang berani,tetapi menjadi penakut.PENAKUT UNTUK BERSOSIAL DENGAN MASYARAKAT.Mengapa?Beliau tidak mengingati ayat yang dihafal.

Hari pertama pergi masjid ke selepas tamat persekolahan.Ayah Amin memberitahu Tuan Imam yang Amin seorang yang menghafal al-Quran.Tuan Imam menyuruh Amin menjadi imam di solat yang kemudian.Atas sebab beliau sudah menjadi 'pelupa',beliau tidak mahu pergi ke masjid  lagi selepas itu.

Amin di sini adalah kisah bagi kebanyakan Huffaz di MALAYSIA!

Ramai yang tidak tahu realiti huffaz di Malaysia.Mereka seronok untuk membanyakkan pusat-pusat tahfiz, tetapi yang kurang hasilnya(goverment),menghantar anak-anak ke pusat tahfiz(ibubapa yang tidak mengetahui realiti) dan sebagainya.

Puncanya?

Penggunaan SISTEM yang kurang sempurna.Ramai pembuka pusat-pusat tahfiz yang hanya mencedok sistem yang diamalkan oleh pusat tahfiz lain,sistem yang diambil pula tidak sebetulnya sempurna.Bayangkan, sebuah pusat tahfiz yang berjaya  mempunyai cara A-Z,tetapi bagi para pengambil mereka hanya mengambil setakat L sahaja.

Banyak pula yang mengamalkan,pemikiran sistem kepada bukan AHLINYA.Hasilnya,sistem yang tidak menjadi.Sedih.Mangsanya adalah mereka yang menghafal tetapi terlupa.Ambil contoh di sekolah, seorang murid yang disoal oleh ustaznya,kemudian terlupa,si Ustaz akan memarahi walhal si ustaz sendiri tidak mengingati keseluruhannya.


       contoh yang berjaya

Itulah realiti dunia Huffazul Quran di Malaysia.Kepada yang mahu menghantar anak-anak mereka ke pusat tahfiz,selidik dahulu sistem yang diguna pakai,kerna jika yang menghafal itu lupa,maka murka Tuhan ke atas si PENGHAFAL.

amir afham,
4.38.p.m.,
11.02.2011

Thursday, February 3, 2011

Perubahan Sentiasa Berlaku

"Perubahan adalah suatu yang biasa.Yang tidak biasa padanya adalah tempoh pembiasaan pada awalannya." seorang pakcik berkata kepadaku tika sedang menjamu di meja yang sekali dengannya.

"Pakcik dulunya bekerja selama 34 Tahun sebelum  bersara."

Aku menjadi pendengar setia.

"Selepas bersara,pakcik duduk dirumah.Cukup setahun,pakcik bosan,rasa otak dah tak berjalan.Pakcik ambil keputusan untuk jadi pemandu teksi.Sekarang rasa segar sedikit."sambungnya.



Kisah ini membuat aku berfikir.Setiap manusia pasti merasa perubahan. Dari sekecil perubahan sehingga ke perubahan yang besar.Ia adalah lumrah kehidupan.Sentiasa terjadi.



Kekadang perubahan itu terjadi dengan sendiri,kekadang juga terjadi atas munasabab yang didiri.Aturan Ilahi mahupun aturan kendiri.Sekalipun perubahan itu aturan sendiri ia tetap juga 'ilham' dari Ilahi.Aturan yang mempunyai nilai yang tersirat.Untuk kita-manusia,berfikir.Sejajar dengan tugas yang digandang-khalifah muka bumi.

Perubahan mempunyai bahagiannya-baik jalannya atau buruk jalannya.Yang baik jalannya boleh dimaksud perubahan yang berlaku yang membawa manusia menjadi lebih baik.Sepertinya dari tidak memahami agama kepada memahami agama,walaupun sedikit.Ia tetap perubahan yang baik kerna ia bisa menjadi perubahan yang besar.



Sama juga halnya dengan perubahan yang buruk jalannya.Walaupun secara pandangannya ia kelihatan buruk, tetapi ia tetap membawa kepada sesuatu yang baik,walaupun sedikit.Cuba renungkan,palestin itu ditindas, suatu yang kejam,ia tetap punyai hikmah.Secara 'kurang sedar',betapa ramai orang mukmin yang bersatu untuk membantu.Tidakpun mereka yang sedar ini berusaha untuk mendidik golongan pelapis supaya  bersambungnya pejuang di hadapan kelak.

Perubahan mempunyai banyak fawaidnya,walau ia punyai yang buruk dari pandangan,tetapi cubalah pandangkan dari nilai positif,jika tidak kita akan lari dari Ilahi.Kerna PERUBAHAN SENTIASA BERLAKU!


amir afham,
12.44.a.m.,
03 Februari 2011.

Sunday, January 23, 2011

Takut + Takut = Sedikit Berani

Formula yang aku dengari ketika menyertai satu program.Kelihatannya tidak bermaksud,tapi isinya sebenar begitu mencucuk .Tetapi ramai yg tidak sedar. Tak ramai yang peduli.Ketika ini.Kerna semuanya sibuk dengan duniawi sendiri. Harapnya formula yang dihurai dapat menarik akhirat kita sekali disamping duniawi.

Takut adalah perasaan yang fitrah.Sama seperti perasaaan yang lain.Takut adalah suatu fitrah yang tidak pandai saya huraikan, tapi bila dikatakan,semua mengerti.Perasaan ini sentiasa mengekori,kemana sahaja kita berjalan,bergerak dan berlari.Sentiasa mengekori.Mengapa?Kerna itu sifatnya.

Takut wujud ketika manusia itu keseorangan.Menyelinap masuk menjadi peneman.Menyenbunyikan keberanian.Sehingga pengecut kelahiran.Sinonimnya sifat ini dengan Kita.Manusia.

Tapi,Islam mengajar kita satu formula:
  
                         Takut + Takut = Sedikit Berani


Satu formula yang berlawanan.Tidak seperti yang lumrah.

Renungkan,seorang yang PENAKUT pabila keseorangan pastinya sentiasa ketakutan.Lain pula halnya bila seorang yang PENAKUT  bila bersama dengan PENAKUT yang lain pastinya menjadi sedikit berani. Konsepnya?

                         "UKHWAH DI DALAM JAMA'AH"


Agama mengajar seseorang untuk hidup didalam jemaah.Hatta jika kita hidup bertiga,Nabi s.a.w mengajar untuk  kita melantik seorang ketua.Kerna jamaah itu perlu seorang pelopor untuk bergerak.Apabila ramai si penakut(macam saya.mungkin) di dalam satu jemaah.Maka semuanya akan menjadi berani.Tidaklah saya kata manusia penakut semuanya.Tapi Takut itu perasaan fitrah,tidak boleh kita lari daripadanya.Itulah kita disandarkan Baginda untuk hidup berjamaah.

Jemaah  beerti keseorangan jika tiada ukhwah.Tetapi menjadi ramai jika berukhwah.Sepertinya,kawasan kejiranan kita.Bertapa ramainya jiran,tetapi semuanya tak kenal.Kita seperti hidup berseorangan.Itulah MANUSIA.

Saya tidak ingin panjangkan perkara ini.Cukuplah sekadar konsep untuk kita sendiri berfikir.Cuma yang perlu diingat adalah hidup JEMAAH itu ajaran agama!


amir afham,
12.48.p.m.,
23 Januari 2011.

Sunday, January 9, 2011

Arabian,Chinese and others...but no malay...

Suasana kelas yang begitu ganjil,tiada melayu,hanya china,libya,turkey dan myammar.Saya keseorangan.Kesukaran untuk berkata-kata.Bahasa Inggeris yang lemah,kemudian dicampak ke level yang sedikit tinggi dari tahap saya(L4,saya rasa yang sepatutnya 3 dan ke bwh).Segalanya begitu asing.
ELS Language Centres - We Teach English to the World
langkah pertama masuk ke kelas,kesemua ahli kelas bertepuk tangan.Saya hairan."Umar,You've a new friend here"kata tc.Narlina.Baru saya sedar bahawa hanya kami berdua yang BERJANTINA lelaki di kelas itu.Tetapi selepas seminggu,bilangan pelajar lelaki menjadi 4.

Disini saya mulanya kurang biasa,majoriti kelas yang non-muslim dan suasana berbahasa inggeris. Saya terpaksa memaksa diri untuk turut berkata-kata.Dengan nilai tinggi yang dibayar,saya terpaksa mempositifkan diri untuk mencuba dan mencuba.

Suasana yang bercampur membuat saya sedikit kekok.Tidak biasa.Ketika di sekolah semuanya terpisah, tapi kesedarannya,inilah keadaan yang berlaku diluar.Terpaksa juga membiasakan diri sambil memperkuatkan diri menjaga diri.Sungguh,semuanya asing di sini!!!

amir afham,
12.48.a.m.,
9/01/11