Friday, February 11, 2011

AL-HAFIZ @ AL-HABIS

" Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya.".

Muhammad itu sebelum matinya berpesan:"Aku tinggalkan kamu dua perkara,jika kamu berpegang padanya, maka kamu akan selamat : iaitu AL-QURAN dan AL-HADIS.



Bilangkan didekad ini,ramai mana manusia yang menghafal Quran.Penuh pelosok punyai  punyai pusatnya.Yang habis menghafal itu beratur menerima sijil dan 'imbuhan' dari kerajaan negeri masing-masing.Tapi yang masih teguh dengan Quran didada?Bilangkan.Mungkin seperti cubitan jemput-jemput.

Ramai yang menghafal tapi sedikit yang mengingati.Puncanya?Sepatut dikaji.

Seorang Ulama' berkata kepada saya : "Di Malaysia,Al-Quran dihafal untuk dilupai,bukan untuk diingati!"





Renungkan sebabnya.Kita melihat terlampau banyak pusat-pusat yang tertumbuh,baik milik GOVERMENT maupun STATE GOVERMENT ataupun swasta.Tetapi PRODUCT yang dihasilkan,berapa yang menjadi.Ikhlas saya katakan,saya juga merupakan salah satu dari hasil yang GAGAL.Tetapi bezanya saya dengan 'kebanyakan' mereka yang gagal adalah satu : [saya punyai kesedaran].

Yang tidak punya kesedaran itu,adakah itu salah mereka?Jika kesalahan itu ditunding atas mereka,andalah yang salah!

Mengapa?

Bukakan pemikiran anda.Sedia menerima kritikan dan teguran,kemudian sambung pembacaan artikel ini.

Lihat dahulu kisah yang saya ingin bawakan :

Amin seorang huffazul Quran,umurnya 18 tahun.Baru menyelesaikan SPM nya dua minggu yang lalu.Beliau asalnya seorang yang berani,tetapi menjadi penakut.PENAKUT UNTUK BERSOSIAL DENGAN MASYARAKAT.Mengapa?Beliau tidak mengingati ayat yang dihafal.

Hari pertama pergi masjid ke selepas tamat persekolahan.Ayah Amin memberitahu Tuan Imam yang Amin seorang yang menghafal al-Quran.Tuan Imam menyuruh Amin menjadi imam di solat yang kemudian.Atas sebab beliau sudah menjadi 'pelupa',beliau tidak mahu pergi ke masjid  lagi selepas itu.

Amin di sini adalah kisah bagi kebanyakan Huffaz di MALAYSIA!

Ramai yang tidak tahu realiti huffaz di Malaysia.Mereka seronok untuk membanyakkan pusat-pusat tahfiz, tetapi yang kurang hasilnya(goverment),menghantar anak-anak ke pusat tahfiz(ibubapa yang tidak mengetahui realiti) dan sebagainya.

Puncanya?

Penggunaan SISTEM yang kurang sempurna.Ramai pembuka pusat-pusat tahfiz yang hanya mencedok sistem yang diamalkan oleh pusat tahfiz lain,sistem yang diambil pula tidak sebetulnya sempurna.Bayangkan, sebuah pusat tahfiz yang berjaya  mempunyai cara A-Z,tetapi bagi para pengambil mereka hanya mengambil setakat L sahaja.

Banyak pula yang mengamalkan,pemikiran sistem kepada bukan AHLINYA.Hasilnya,sistem yang tidak menjadi.Sedih.Mangsanya adalah mereka yang menghafal tetapi terlupa.Ambil contoh di sekolah, seorang murid yang disoal oleh ustaznya,kemudian terlupa,si Ustaz akan memarahi walhal si ustaz sendiri tidak mengingati keseluruhannya.


       contoh yang berjaya

Itulah realiti dunia Huffazul Quran di Malaysia.Kepada yang mahu menghantar anak-anak mereka ke pusat tahfiz,selidik dahulu sistem yang diguna pakai,kerna jika yang menghafal itu lupa,maka murka Tuhan ke atas si PENGHAFAL.

amir afham,
4.38.p.m.,
11.02.2011

No comments: