Tuesday, April 19, 2011

Nilai Ukhwah

Segar di minda pengalaman yang baru berlalu,menaikkan lemah yang menapak di jiwa,sekian lama tidak terasa.Walau keduanya adalah berbeza bentuk,cara dan tindakan,tapi asasnya sama.Itulah yang telah saya rasai.



Sewaktu di sekolah menengah,cara saya memahami ukhwah berbeza dengan cara yang baru saya terima.Di Maahad,kami belajar membina ukhwah itu,kami belajar memahami ukhwah itu,kami perlu memikir apakah ukhwah itu,bagaimana caranya,apakah jalannya.Di pembelajaran yang baru ini secara asasnya ia tetap memperbahaskan akan ukhwah,tapi yang berbeza ialah cara pembawaan.

Di Maahad dan keadaan sekarang,caranya berlainan,keduanya mempunyai pro dan kontra.Itulah yang membentuk pemikiran saya senja ini akan maksud sebenar ukhwah itu.Yang membawa saya ke arah satu pemikiran baru.Menggabungkan apa yang saya pelajari ini.Mungkin ramai yang tidak setuju, tetapi itu terpulang kepada mereka untuk dinilai.



Ukhwah secara asasnya ikatan yang terbentuk di antara seorang muslim.Ikatan apa?Itu adalah ikatan Kasih Sayang yang bisa membawa kekuatan yang luar biasa di dalam perkumpulan muslim.Lihat sahaja sejarah islam yang terdahulu,sepertinya kisah 3 orang mukmin di waktu peperangan:

-ketiga-tiga mereka telah mendapat kecerderaan yang parah,semuanya terlantar di dalam khemah 'pesakit',salah seorang dari mereka meminta air kerna kehausan,maka dihulurkan si petugas air itu,apabila lelaki pertama ini ingin meminum,maka dilihatnya saudara di sebelahnya juga kehausan,maka beliau dahulukan saudaranya itu,maka apabila si lelaki kedua ini ingin meminum air itu,dilihatnya lelaki bersebelahan kehausan,didahulukan beliau kepada lelaki itu.Pabila dihulurkan kepada lelaki itu,ternyata  beliau telah pun syahid.Dibawa semula kepada lelaki kedua,beliau juga telah syahid.Dibawa semula kepada lelaki yang pertama,maka didapati lelaki itu juga telah syahid.

Apa yang membentuk perilaku ketiga lelaki ini?Itulah ukhwah yang diselaputi kasih sayang.Sanggup mendahulukan sahabat tika mereka sendiri kesusahan.Andaikan kisah ini diaplikasikan pada zaman ini, apakah serupa keadaanya?



Tika di Maahad,ukhwah kami terbina untuk kami gagah dan kuat,kami bersatu untuk menahan segala tekanan dan keadaan yang menimpa.Segala perjuangan kami,dilakukan bersama.Tekanan,kami tamgkis bersama.Itulah yang merapatkan kami.Sungguh,ia begitu manis kerna ia berbentuk perjuangan.Seperti Nabi dan sahabat yang menggali parit untuk dijadikan kubu dari serangan puak kafir Quraish.Semuanya berlapar,tapi di situlah manisnya.

Tapi berbeza dengan keadaan yang sekarang,yang saya perolehi disini banyak yang barunya.Di sini ukhwah terbina dengan diajar untuk menerima keadaan seseorang itu seadanya.Ini yang kurang saya dapati di Maahad disebabkan masa kami bersama yang singkat.Di sini juga saya belajar banyak pendekatan yang baru untuk ukhwah itu,yang telah saya terfikirkan tika di Maahad dahulu,tetapi masa yang mengengkang untuk perlaksaan.Saya belajar untuk menggunakan cara yang lebih 'ayu' dan 'rilex'.Tidak seperti di Maahad(mungkin kerna kami begitu serius dengan perjuangan yang kami bawa).



Tapi keduanya 'kurang' dari segi pernilaian saya,bagi saya,ukhwah itu menjadi sempurna pabila ia menggabungkan kedua-dua faktor,perjuangan dan pendekatan yang baik,itu yang dibawa oleh Baginda s.a.w yang sebenarnya.pendekatan usrah Baginda bawa,pendekatan perjuangan melalui peperangan maupun pengorbanan kepada saudara seagama juga diajar Baginda.Jadi wajarkah jika saya kata kurang?Andalah yang menilai ukhwah itu melalui kesedapan jiwa anda sendiri bersandarkan syaria'h ad-Dinnul Islam.

amir afham,
11.17.p.m.,
19/04/2011.

No comments: