Friday, February 11, 2011

AL-HAFIZ @ AL-HABIS

" Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya.".

Muhammad itu sebelum matinya berpesan:"Aku tinggalkan kamu dua perkara,jika kamu berpegang padanya, maka kamu akan selamat : iaitu AL-QURAN dan AL-HADIS.



Bilangkan didekad ini,ramai mana manusia yang menghafal Quran.Penuh pelosok punyai  punyai pusatnya.Yang habis menghafal itu beratur menerima sijil dan 'imbuhan' dari kerajaan negeri masing-masing.Tapi yang masih teguh dengan Quran didada?Bilangkan.Mungkin seperti cubitan jemput-jemput.

Ramai yang menghafal tapi sedikit yang mengingati.Puncanya?Sepatut dikaji.

Seorang Ulama' berkata kepada saya : "Di Malaysia,Al-Quran dihafal untuk dilupai,bukan untuk diingati!"





Renungkan sebabnya.Kita melihat terlampau banyak pusat-pusat yang tertumbuh,baik milik GOVERMENT maupun STATE GOVERMENT ataupun swasta.Tetapi PRODUCT yang dihasilkan,berapa yang menjadi.Ikhlas saya katakan,saya juga merupakan salah satu dari hasil yang GAGAL.Tetapi bezanya saya dengan 'kebanyakan' mereka yang gagal adalah satu : [saya punyai kesedaran].

Yang tidak punya kesedaran itu,adakah itu salah mereka?Jika kesalahan itu ditunding atas mereka,andalah yang salah!

Mengapa?

Bukakan pemikiran anda.Sedia menerima kritikan dan teguran,kemudian sambung pembacaan artikel ini.

Lihat dahulu kisah yang saya ingin bawakan :

Amin seorang huffazul Quran,umurnya 18 tahun.Baru menyelesaikan SPM nya dua minggu yang lalu.Beliau asalnya seorang yang berani,tetapi menjadi penakut.PENAKUT UNTUK BERSOSIAL DENGAN MASYARAKAT.Mengapa?Beliau tidak mengingati ayat yang dihafal.

Hari pertama pergi masjid ke selepas tamat persekolahan.Ayah Amin memberitahu Tuan Imam yang Amin seorang yang menghafal al-Quran.Tuan Imam menyuruh Amin menjadi imam di solat yang kemudian.Atas sebab beliau sudah menjadi 'pelupa',beliau tidak mahu pergi ke masjid  lagi selepas itu.

Amin di sini adalah kisah bagi kebanyakan Huffaz di MALAYSIA!

Ramai yang tidak tahu realiti huffaz di Malaysia.Mereka seronok untuk membanyakkan pusat-pusat tahfiz, tetapi yang kurang hasilnya(goverment),menghantar anak-anak ke pusat tahfiz(ibubapa yang tidak mengetahui realiti) dan sebagainya.

Puncanya?

Penggunaan SISTEM yang kurang sempurna.Ramai pembuka pusat-pusat tahfiz yang hanya mencedok sistem yang diamalkan oleh pusat tahfiz lain,sistem yang diambil pula tidak sebetulnya sempurna.Bayangkan, sebuah pusat tahfiz yang berjaya  mempunyai cara A-Z,tetapi bagi para pengambil mereka hanya mengambil setakat L sahaja.

Banyak pula yang mengamalkan,pemikiran sistem kepada bukan AHLINYA.Hasilnya,sistem yang tidak menjadi.Sedih.Mangsanya adalah mereka yang menghafal tetapi terlupa.Ambil contoh di sekolah, seorang murid yang disoal oleh ustaznya,kemudian terlupa,si Ustaz akan memarahi walhal si ustaz sendiri tidak mengingati keseluruhannya.


       contoh yang berjaya

Itulah realiti dunia Huffazul Quran di Malaysia.Kepada yang mahu menghantar anak-anak mereka ke pusat tahfiz,selidik dahulu sistem yang diguna pakai,kerna jika yang menghafal itu lupa,maka murka Tuhan ke atas si PENGHAFAL.

amir afham,
4.38.p.m.,
11.02.2011

Thursday, February 3, 2011

Perubahan Sentiasa Berlaku

"Perubahan adalah suatu yang biasa.Yang tidak biasa padanya adalah tempoh pembiasaan pada awalannya." seorang pakcik berkata kepadaku tika sedang menjamu di meja yang sekali dengannya.

"Pakcik dulunya bekerja selama 34 Tahun sebelum  bersara."

Aku menjadi pendengar setia.

"Selepas bersara,pakcik duduk dirumah.Cukup setahun,pakcik bosan,rasa otak dah tak berjalan.Pakcik ambil keputusan untuk jadi pemandu teksi.Sekarang rasa segar sedikit."sambungnya.



Kisah ini membuat aku berfikir.Setiap manusia pasti merasa perubahan. Dari sekecil perubahan sehingga ke perubahan yang besar.Ia adalah lumrah kehidupan.Sentiasa terjadi.



Kekadang perubahan itu terjadi dengan sendiri,kekadang juga terjadi atas munasabab yang didiri.Aturan Ilahi mahupun aturan kendiri.Sekalipun perubahan itu aturan sendiri ia tetap juga 'ilham' dari Ilahi.Aturan yang mempunyai nilai yang tersirat.Untuk kita-manusia,berfikir.Sejajar dengan tugas yang digandang-khalifah muka bumi.

Perubahan mempunyai bahagiannya-baik jalannya atau buruk jalannya.Yang baik jalannya boleh dimaksud perubahan yang berlaku yang membawa manusia menjadi lebih baik.Sepertinya dari tidak memahami agama kepada memahami agama,walaupun sedikit.Ia tetap perubahan yang baik kerna ia bisa menjadi perubahan yang besar.



Sama juga halnya dengan perubahan yang buruk jalannya.Walaupun secara pandangannya ia kelihatan buruk, tetapi ia tetap membawa kepada sesuatu yang baik,walaupun sedikit.Cuba renungkan,palestin itu ditindas, suatu yang kejam,ia tetap punyai hikmah.Secara 'kurang sedar',betapa ramai orang mukmin yang bersatu untuk membantu.Tidakpun mereka yang sedar ini berusaha untuk mendidik golongan pelapis supaya  bersambungnya pejuang di hadapan kelak.

Perubahan mempunyai banyak fawaidnya,walau ia punyai yang buruk dari pandangan,tetapi cubalah pandangkan dari nilai positif,jika tidak kita akan lari dari Ilahi.Kerna PERUBAHAN SENTIASA BERLAKU!


amir afham,
12.44.a.m.,
03 Februari 2011.

Sunday, January 23, 2011

Takut + Takut = Sedikit Berani

Formula yang aku dengari ketika menyertai satu program.Kelihatannya tidak bermaksud,tapi isinya sebenar begitu mencucuk .Tetapi ramai yg tidak sedar. Tak ramai yang peduli.Ketika ini.Kerna semuanya sibuk dengan duniawi sendiri. Harapnya formula yang dihurai dapat menarik akhirat kita sekali disamping duniawi.

Takut adalah perasaan yang fitrah.Sama seperti perasaaan yang lain.Takut adalah suatu fitrah yang tidak pandai saya huraikan, tapi bila dikatakan,semua mengerti.Perasaan ini sentiasa mengekori,kemana sahaja kita berjalan,bergerak dan berlari.Sentiasa mengekori.Mengapa?Kerna itu sifatnya.

Takut wujud ketika manusia itu keseorangan.Menyelinap masuk menjadi peneman.Menyenbunyikan keberanian.Sehingga pengecut kelahiran.Sinonimnya sifat ini dengan Kita.Manusia.

Tapi,Islam mengajar kita satu formula:
  
                         Takut + Takut = Sedikit Berani


Satu formula yang berlawanan.Tidak seperti yang lumrah.

Renungkan,seorang yang PENAKUT pabila keseorangan pastinya sentiasa ketakutan.Lain pula halnya bila seorang yang PENAKUT  bila bersama dengan PENAKUT yang lain pastinya menjadi sedikit berani. Konsepnya?

                         "UKHWAH DI DALAM JAMA'AH"


Agama mengajar seseorang untuk hidup didalam jemaah.Hatta jika kita hidup bertiga,Nabi s.a.w mengajar untuk  kita melantik seorang ketua.Kerna jamaah itu perlu seorang pelopor untuk bergerak.Apabila ramai si penakut(macam saya.mungkin) di dalam satu jemaah.Maka semuanya akan menjadi berani.Tidaklah saya kata manusia penakut semuanya.Tapi Takut itu perasaan fitrah,tidak boleh kita lari daripadanya.Itulah kita disandarkan Baginda untuk hidup berjamaah.

Jemaah  beerti keseorangan jika tiada ukhwah.Tetapi menjadi ramai jika berukhwah.Sepertinya,kawasan kejiranan kita.Bertapa ramainya jiran,tetapi semuanya tak kenal.Kita seperti hidup berseorangan.Itulah MANUSIA.

Saya tidak ingin panjangkan perkara ini.Cukuplah sekadar konsep untuk kita sendiri berfikir.Cuma yang perlu diingat adalah hidup JEMAAH itu ajaran agama!


amir afham,
12.48.p.m.,
23 Januari 2011.

Sunday, January 9, 2011

Arabian,Chinese and others...but no malay...

Suasana kelas yang begitu ganjil,tiada melayu,hanya china,libya,turkey dan myammar.Saya keseorangan.Kesukaran untuk berkata-kata.Bahasa Inggeris yang lemah,kemudian dicampak ke level yang sedikit tinggi dari tahap saya(L4,saya rasa yang sepatutnya 3 dan ke bwh).Segalanya begitu asing.
ELS Language Centres - We Teach English to the World
langkah pertama masuk ke kelas,kesemua ahli kelas bertepuk tangan.Saya hairan."Umar,You've a new friend here"kata tc.Narlina.Baru saya sedar bahawa hanya kami berdua yang BERJANTINA lelaki di kelas itu.Tetapi selepas seminggu,bilangan pelajar lelaki menjadi 4.

Disini saya mulanya kurang biasa,majoriti kelas yang non-muslim dan suasana berbahasa inggeris. Saya terpaksa memaksa diri untuk turut berkata-kata.Dengan nilai tinggi yang dibayar,saya terpaksa mempositifkan diri untuk mencuba dan mencuba.

Suasana yang bercampur membuat saya sedikit kekok.Tidak biasa.Ketika di sekolah semuanya terpisah, tapi kesedarannya,inilah keadaan yang berlaku diluar.Terpaksa juga membiasakan diri sambil memperkuatkan diri menjaga diri.Sungguh,semuanya asing di sini!!!

amir afham,
12.48.a.m.,
9/01/11

Friday, December 31, 2010

Selangkah ke Kehidupan Pembaharuan

Sungguh...kali ini saya kehilangan tajuk untuk menulis.Keliru untuk menulis 'Selangkah ke Kehidupan Baru' ataupun 'Selangkah ke Kehidupan Pembaharuan'.Tidak Pasti.

Tapi pada perkadaran saya,yang selayaknya saya tulis untuk malam penghujung tahun ini @ malam penghampiran tahun baru ini ialah 'Selangkah ke Kehidupan Pembaharuan'.Mengapa?Saya kurang pasti. Tapi saya cuba mencari jawapan.

Mungkin yang saya boleh hulurkan adalah seperti ini.Mari kita fikirkan bersama.

Mengapa saya tidak saya berkehendak untuk menulis 'Kehidupan Baru'?Selayaknyakah manusia yang telah lama menikmati kehidupan merasai kehidupan BARU?Kehidupan baru ialah satu kehidupan yang baru seperti seorang bayi yang baru dilahirkan ataupun seorang yang telah MATI memindah ke kehidupan baru iaitu ALAM KUBUR.Mungkin definasinya seperti itu.

Kerana itulah saya ingin menulis 'Selangkah ke Kehidupan Pembaharuan'.Kehidupan pembaharuan ialah bentuk kehidupan yang cuba diubah oleh seseorang manusia untuk mendapat kehidupan yang lebih baik.Atau ia kita boleh samakan dengan konsep HIJRAH.


Mungkin sesetengah dari kita beranggap HIJRAH itu hanya pada untuk awal tahun di bulan MUHARRAM.Bagi yang beranggapan begitu,sedarlah ia adalah konsep yang difikir secara salah.Ia kerana Hijrah itu hidup di sepanjang kehidupan.Tidak mempunyai pemula dan penamat.Apabila telah merasa untuk berubah,itulah HIJRAH.Ia sentiasa wujud,bagi mereka yang ingin mengubah kehidupan sendiri.Bagi yang mencari,kewujudannya adalah sehingga TERBITNYA MATAHARI DARIPADA BARAT(bermakna ketika ini pintu taubat telah pun tertutup).


Jika kita telah melihat apa yang perlu dibuat pada permulaan tahun ini.Ia adalah Kehidupan Pembaharuan,mengubah diri supaya menjadi lebih baik,supaya lebih bertambah ilmu iman di dada,dan bermacam cara dengan tujuan membawa diri kepada yang lebih baik,yang lebih dekat kepada Rabbi.
Supaya Kehidupan Baru di 'alam kemudian' lebih terjamin untuk kita hamba PENCIPTA.

Inilah HIJRAH di awal JANUARI!!!

amir afham,
11.34.p.m.,
31 Disember 2010.

Thursday, December 30, 2010

Mati itu pasti..

"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan." (Ali Imran :185)

Assalamualaikum..,

Salam mahabbah., salam ukhwah..
Apa khabar sahabat2 ku...,?? Apa khabar Iman kalian??Saya hrp semuanya dlm keadaan sihat hendaknya.., otak cerdas., badan cergas.., Iman Mantap.., InsyaAllah...

So., kali ni sy nak bicara serba sdikt tentang kematian.., emm., tp sblom tu sy nak mohon ampun sbb sy pon x de lah byk sgt ilmu di dada tp sy akn kongsi srba sdikit apa yg sy ada... bley kn??

Baiklah.., Allah S.W.T tlah menyatakan dlm Al Quran bhw stiap yg bernyawa itu pasti akn mati dan cara kematian stiap manusia itu tlh pun Allah ttapkan di Luh Mahfuz..,

" Kami telah menentukan kematian di antara kamu dan Kami sekali-kali, tidak dapat dikalahkan,"  (Al Waqiah :60)

Dan semestinya stiap individu Muslim itu pasti menginginkan kematiannya di dalam Islam dan Iman..tetapi, bagaimana kita ingin memastikan kematian kita nanti dalam Iman atau Kufur? Ya, pastinya jwpnnya dgn berbuat amal ibadah sebanyak-banyaknya dgn penuh keikhlasan dan ketakwaan..

Akan tetapi, adakah jika seseorg muslim itu banyak brbuat amal ibadah di dunia dia pasti akan mati dlm iman??Pernahkh kita trfikir?Rentetan itu.., sy ingin berkongsi sbuah cerita teladan untuk diambil pgajaran bersama..,

Pd suatu ketika di zaman dahulu.., ada seorang ulama' yang sgt terkenal dgn amal ibadahnya(x igt nama), beliau amat rajin beribadah pagi dan petang,siang dan malam  tanpa henti.Beliau juga sorang yg banyak ilmu pgtahuan shinggakn pnduduk kmpung sgt mghormati beliau.Dan pastinya musuh Islam yakni Iblis Laknatullah juga sgt mncmburui beliau dan berhasrat ingin menghasut beliau.Maka bermulalah misi Si Syaitan ini,Si Syaitan pun lalu menyamar sbg seorg pemuda dan pergi ke rumah Ulama' itu. Si syaitan memberi salam, tetapi tiada respon.Ini kerana Ulama' itu terlalu khusyu' dgn ibadahnya. Setelah banyak kali memberi salam, barulah Ulama' itu membalas salam Si Syaitan. Si Syaitan pun berkata, "wahai tuan , saya ingin tinggal bersama tuan dan menuntut ilmu drpd tuan." Ulama' itu membalas, " maafkan aku wahai ank muda , tetapi aku bimbangi sekiranya aku mnerimamu, ibadahku trganggu." Namun Si Syaitan tidak mengalah, dia memujuk Ulama' itu. Setelah  dipujuk, Ulama' itu bersetuju. Maka tinggallah si Syaitan dgn Ulama' itu. Sepanjang 'berguru' , Syaitan cuba menghasut Ulama;' itu dgn berbagai cara, tetapi kekuatan iman Ulama' itu menggagalkan rencana Syaitan. Sehinggalah suatu hari, Puteri Raja negara itu jatuh sakit. Si syaitan mendapat satu idea. Syaitan itu pun pergi berjumpa dgn putera raja . Dia memberitahu putera raja bahawa terdapat sorg Ulama' yg bleh mngubati sakit si puteri. Lalu putera raja pun pergi berjumpa dgn Ulama' itu.Pada mulanya, Ulama' itu tdk bersetuju tetapi kerana dibimbangi dimurkai Raja, beliau terpaksa bersetuju. Maka sebuah pondok pun dibina di hadapan rumah si Ulama' itu. Ini adlh utk memudahkn proses rwtn trhdp puteri itu. Si syaitan berpuas hati krn rencananya hmpir brjaya. Pada suatu pagi, ketika Ulama' ingin mmbuka tingkap rumahnya, beliau trpndg si puteri sdg mnyalin pakaian, beliau pun beristighfar dgn pnuh penyesalan, ketika inilah si Syaitan mnjalankn tugasnya. Di saat iman Ulama' itu goyah, Syaitan menghasut Ulama' itu. Atas hasutan Syaitan, si Ulama' pun  tnpa sedar tlah mlakukan suatu kmungkaran yg sgt hina.Di saat Ulama' itu ingin memuntahkan nafsu serakahnya, tiba2 dtg putera raja lalu dibunuhnya Ulama' itu. Maka, berakhirlah riwayat hidup si Ulama' yg tlh brtahun2 mgabdikan diri kpd Allah S.W.T dlm keadaan yg sgt hina.Semoga Allah mmbrkati beliau. Amiin.

Begitulah kisah seorg Ulama' yg sgt taat kpd Allah namun tumpas pd hasutan Syaitan dan dorongan nafsu sndiri. Sebaliknya pula pd kisah seorg pmuda yg tlh mmbunuh 100 org. Emm.. sy yakin pasti stiap org sdah pun mndgr kisah ini kn?Jadi, bdasarkn kdua2 kisah ini.., dptlah kita konklusikan bhw tdk smestinya sorg hmba yg kuat bribadah itu akn mati dlm iman.., dan jga tdk smstinya seorg yg byk mlakukn dosa itu akn mati dlm kufur.Oleh itu shbt2ku,.. kita haruslah sntiasa mengisi ruang2 masa hidup kita di dunia dgn amal ibadah yg bertrusan krana kita tdk tahu bgaiman cra kmatian kita dn bila ajal akn mnjmput. Siapa tahu, ketika kita mlakukn kmungkaran, di saat itulah nyawa kita dicabut. Na'uzubillahiminzalik.,,.

Jadi shbt, sbgi tazkirah utk anda dn sy sndiri.., hidup kita ini ibarat brada di dalam suatu kwsn dimana stiap gerak geri kita even gerak hati kita pun diawasi stiap detik .Ingatlah shbt, Allah itu Maha Melihat.,, Dia sntisa mmrhatikn hmba2nya stiap detik dan tdk trlps walau satu tndakn .Oleh itu, kita haruslah mnetapkan dlm fikiran kita bhw kita ini sntisa dperhatikn.Maka, stiap tndak tanduk kita mstilah dlakukn dgn pnuh brhati-hati.Sbg cnth, kita brada di dlm pasaraya, kita mngtahui bhw ada cctv yg sntiasa mmrhatikn tndakn kita. Maka, adkh kita ingin mlakukan prkr yg tdk senonoh wlupun tdk dilihat org lain? Mestilah tidak, bukan?Pastinya kita akn mngawal tndakn kita krn kita tahu bhw kita sdg dperhatikn.Emm.. bgitulah juga sy samakan dgn hidup kita. Jika kita sntiasa mmikirkan bhw Allah adlh cctv yg mmrhatikn kita di dunia cuma Allah lbih brkuasa, Dia bkn shj mmrhatikn pd yg zahir ttp juga pd yg batin, kita pasti akn sntiasa mlakukan amal ibadah dgn pnuh ksungguhan,kn? So, set in your mind that you're always been watched and InsyaAllah the Allah blessings are yours..

Hmm.., jadi shbt2,sy brhrp smoga kita sntiasa brada di dlm kbrkatan Allah S.W.T dan smoga Allah mematikan kita dlm Iman.InsyaAllah...Sblum tu,maafkan sy jika ada ksilapn di dlm post ini.., krn sy juga hamba Allah yg tdk akan prnah smpurna..,tp sy brhrp smoga shbt2 dpt mgmbil srba sdikit pgjarn krna hanya ini yg sy mmpu lakukn utk sama2 mengmbgkn agama Islam.InsyaAllah.



Dan kamu tidak menyalahkan kami, melainkan kerana kami telah beriman kepada ayat-ayat Tuhan kami ketika ayat-ayat itu datang kepada kami. (Mereka berdoa): "Wahai Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami dan wafatkanlah (matikanlah) kami dalam keadaan berserah diri (berserah sepenuh hati kepada-Mu)."
(Surah Al-A'raaf, ayat 126)





Turn to Allah
He's never far away
Put Your trust in Him and pray
O Ya Allah
Guide my steps
Don't let me go astrays
You're the only one
to show me the way.,..
Show me the way~

~With Love~
1.22/30.12.10







Wednesday, December 29, 2010

Sunyi dan Sepi

Dua kalimah yang seerti maksudnya dan selalu diletakkan bersama.Saya renungkan ia.Semenjak dua ini saya sentiasa berperasaan ini.Cuba mencari puncanya,tetapi masih kabur.Itu adalah keadaan saya sebelum malam ini.Bila kita sentiasa menghamba kepadaNya jawapan pasti diterima.

Itulah jawapannya.Sebelum malam ini,saya merasakan sepi itu mungkin disebabkan terpisah dengan teman ukhwah,tidak bersekedudukan bila melakukan sesuatu perkara,tidak lagi bergurau senda dengan teman yang biasa ataupun selainnya.

Tetapi bila kita rujukkan kembali,adakah dengan kehadiran 'mereka' kita merasa sentiasa terhibur?merasa bahawa jiwa diisi?merasa bahawa hidup dilengkapi?Mungkin jawapannya YA.Tetapi 'YA' ini terlampau kecil kecil asbabnya untuk rujukkan alasan kepada sepi dan sunyi.

Kita sentisa melupai bahawa jiwa ini sepi kerna tidak diisi.Jiwa itu bukan 'nyata' seperti tubuh yang merasa lega pabila mendapat makanan ketika lapar,tetapi sepi dan sunyi adalah maya yang sentiasa berkait dengan Jiwa dan ruh kita.

Itulah punca sebenarnya,saya tidaklah mengatakan bahawa sebab yang lain bukan puncanya,tetapi ia terlalu kecil iuntuk dibandingkan dengan ini.

Ruh yang tidak sentiasa diisi dengan 'makanan' yang sepatutnya pasti akan sunyi kerna tidak diberi makan oleh pemilik ruh.Ia pasti akan sunyi.Dengan pemberian makanan oleh pemilik ruh itu barulah ruh akan merasa terjaga dan terhibur.Maka ruh tidak akan sunyi dan diri sesorang juga pasti akan terhibur.Yakinlah bahawa Tuhan pasti akan menghiburkan mereka yang sentiasa
rapat denganNYA,yang menjaga hubungan denganNYA dan yang sentiasa menjagaNYA.

Yakinlah untuk mengubat SUNYI dan SEPI!!!!!

                                                                                                                           amir afham,
                                                                                                                           12.40.a.m.,
                                                                                                                           29 Disember 2010.